{"id":6576,"date":"2023-04-05T19:47:34","date_gmt":"2023-04-05T11:47:34","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6576"},"modified":"2023-04-05T19:47:37","modified_gmt":"2023-04-05T11:47:37","slug":"kerugian-hampir-rm1-bilion-ribuan-pelabur-berputih-mata-ditipu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6576","title":{"rendered":"Kerugian Hampir RM1 Bilion, ribuan pelabur berputih mata ditipu"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-medium-font-size\">KUALA LUMPUR&nbsp;&#8211;&nbsp;Ribuan pelabur berputih mata apabila ditipu oleh \u2018scammer\u2019 dan dianggarkan kerugian hampir RM1 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim&nbsp;berkata, kerugian&nbsp;membabitkan hampir 4,000 pelabur yang menjadi mangsa dan setakat ini lebih 500 laporan polis sudah dibuat di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Katanya, penipuan pelaburan&nbsp;itu&nbsp;bermodelkan tabung amanah, Islamic Redeemable Share (IRPS), info memorandum dan sukuk yang ditawarkan dengan menggunakan lima syarikat tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Mereka yang&nbsp;melabur kebanyakannya menggunakan wang persaraan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Ada&nbsp;juga&nbsp;individu yang berstatus Tan Sri, berjawatan peguam serta profesional turut menjadi mangsa&nbsp;pelaburan ini,&#8221; katanya dalam sidang media&nbsp;membabitkan mangsa pelaburan ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/WhatsApp-Image-2023-04-05-at-12.58.59-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6578\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/WhatsApp-Image-2023-04-05-at-12.58.59-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/WhatsApp-Image-2023-04-05-at-12.58.59-300x225.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/WhatsApp-Image-2023-04-05-at-12.58.59-768x576.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/WhatsApp-Image-2023-04-05-at-12.58.59-1170x878.jpeg 1170w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/WhatsApp-Image-2023-04-05-at-12.58.59.jpeg 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Beliau berkata demikian selepas menyerahkan dokumen aduan terkumpul yang membabitkan sebahagian daripada mangsa di pejabat Suruhanjaya Sekuriti (SC), di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Hadir sama, Penasihat MHO, Tan Sri Musa Hassan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Hishamuddin berkata, pihaknya meminta agensi siasatan SC menyiasat syarikat yang terbabit kerana disyaki sudah melakukan penipuan menggelapkan wang pelabur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Seorang mangsa, Anisa Talib, berkata dia melabur dalam syarikat kerana percaya apabila ditunjukkan sijil dan laporan mengatakan syarikat itu sah termasuk mempunyai perakuan SC.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Saya menggunakan semua wang simpanan peribadi demi memikirkan masa depan anak dan saya kerana itu membuat pelaburan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Apabila menyedari saya ditipu, saya mengalami pelbagai masalah hingga&nbsp;menyebabkan pergolakan rumah tangga dan saya hampir bercerai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Keadaan&nbsp;kesihatan&nbsp;saya turut merosot&nbsp;dan saya mengalami tekanan perasaan. Saya harap pihak terbabit&nbsp;dapat membantu menyelesaikan masalah kami,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Pesara, Harun Mohd Yunus, pula berkata dia mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM250,000 dan semuanya habis dilaburkan pada skim ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Saya&nbsp;melabur pada penghujung 2021&nbsp;dan&nbsp;pulangan diterima hanya selama empat bulan kira-kira&nbsp;RM6,000 sebulan&nbsp;yang dimasukkan&nbsp;ke dalam akaun saya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cSelepas itu sehingga kini tiada lagi wang pulangan yang dimasukkan dalam akaun saya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Sementara itu, Hishamuddin berkata, pihaknya berharap SC akan segera mengambil tindakan menyiasat perkara berkenaan kerana ini adalah jenayah scam yang paling tinggi pernah berlaku di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cIni&nbsp;bukan jenayah scam biasa tetapi corporate scam kerana terdapat sejumlah pelaburan tertinggi yang dibuat sehingga RM3 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Oleh itu, MHO meminta SC melakukan siasatan terperinci terhadap kes ini, selepas&nbsp;aduan dan&nbsp;laporan yang telah dibuat kepada pihak polis sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Jika tiada sebarang tindakan, kami juga akan meneruskan aduan kepada beberapa agensi terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Sekiranya tidak ada tindakan sewajarnya, MHO tidak teragak-agak untuk membawa kes ini kepada badan lebih tinggi seperti ke Pejabat Perdana Menteri,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ribuan pelabur berputih mata apabila ditipu oleh \u2018scammer\u2019 dan dianggarkan kerugian hampir RM1 bilion.<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":6577,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[130],"tags":[540,146,252,539,538,147,537,542,541],"class_list":["post-6576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-am","tag-datuk-hishamuddin-hashim","tag-mho","tag-pelabur","tag-rm1bilion","tag-sc","tag-scammer","tag-skim","tag-suruhanjaya-sekuriti","tag-tan-sri-musa-hassan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6576"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6579,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6576\/revisions\/6579"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6577"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}