{"id":6637,"date":"2023-04-07T13:34:10","date_gmt":"2023-04-07T05:34:10","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6637"},"modified":"2023-04-07T13:34:18","modified_gmt":"2023-04-07T05:34:18","slug":"selepas-syamsul-yusof-fail-nusyuz-puteri-sarah-bakal-fail-tuntutan-sama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6637","title":{"rendered":"Selepas Syamsul Yusof fail nusyuz, Puteri Sarah bakal fail tuntutan sama"},"content":{"rendered":"<p>GOMBAK &#8211; Aktres Puteri Sarah Liyana bakal mengambil tindakan sama terhadap Syamsul Yusof selepas pengarah sensasi itu memfailkan tuntutan permohonan nusyuz pula terhadapnya.<\/p>\n<p>Peguam syarie mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak isteri boleh mengambil langkah itu pada suami, namun beliau memerlukan masa untuk mempertimbangkannya.<\/p>\n<p>&#8220;Kita akan uruskan, atur perkara yang akan dibuat dan jika berlaku, ia akan dikendali ikut undang-undang.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam masa terdekat ini, kita akan memasukkan pembelaan terhadap nusyuz (oleh Syamsul), kemudian kita tengok nak masukkan tuntutan balas atau nusyuz kepada pihak sana pula,&#8221; katanya selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Akberdin turut memaklumkan Puteri Sarah tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana berada di luar negara berikutan tuntutan kerja dan memohon kehadiran anak guamnya dikecualikan.<\/p>\n<p>Menerusi tinjauan di laman sosial Instagram (IG), Puteri Sarah ke Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.<\/p>\n<p>Untuk maklumat, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).<\/p>\n<p>Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.<\/p>\n<p>Pada 21 Mac lalu, Syamsul, 39, memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah, 38, di mahkamah sama, di sini.<\/p>\n<p>Pengarah Mat Kilau itu mendakwa Puteri Sarah yang juga pelakon Andai Itu Takdirnya, sering menghubungi bekas kekasih yang berstatus suami orang, sehingga mengganggu rumah tangga lelaki itu.<\/p>\n<p>Hasil perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah, pasangan itu dikurniakan dua anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>GOMBAK &#8211; Aktres Puteri Sarah Liyana bakal mengambil tindakan sama terhadap Syamsul Yusof selepas pengarah sensasi itu memfailkan<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6638,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[59,62,63,585,67],"class_list":["post-6637","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah","tag-mahkamah","tag-mahkamah-syariah","tag-puteri-sarah-liyana","tag-suami","tag-syamsul-yusof"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6637","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6637"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6637\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6639,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6637\/revisions\/6639"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6638"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6637"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6637"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6637"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}