{"id":6665,"date":"2023-04-08T11:33:58","date_gmt":"2023-04-08T03:33:58","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6665"},"modified":"2023-04-08T11:34:01","modified_gmt":"2023-04-08T03:34:01","slug":"src-nazlan-patut-dibawa-ke-tribunal-kerana-konflik-kepentingan-hamidah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6665","title":{"rendered":"SRC : Nazlan patut dibawa ke tribunal kerana konflik kepentingan &#8211; Hamidah"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada sesiapa pun mengatasi undang-undang termasuk Raja-Raja Melayu, berdasarkan pindaan Perkara 182.<\/p>\n<blockquote>\n<\/blockquote>\n<p>Justeru, Gabungan Gerakan Keadilan mempertikaikan kedudukan istimewa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika mengetuai kes SRC International.<\/p>\n<p>Koordinatornya, Datuk Hamidah Osman mempersoalkan bahawa Mohd Nazlan seolah-olah memiliki keistimewaan sedangkan rumusan siasatan SPRM sudah terbukti.<\/p>\n<p>&#8220;Sepatutnya, beliau harus dibawa kepada tribunal oleh pimpinan negara terutama oleh Perdana Menteri kerana perkara ini telah menjadi public interest (kepentingan awam)\u2026rakyat sedang memerhati dan melihat.<\/p>\n<p>\u201cKenapa Hakim Nazlan ini begitu istimewa sehinggakan tidak ada apa-apa tindakan boleh diambil malah dapat naik pangkat lagi,\u201d katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini.<\/p>\n<p>Malah, katanya, laporan polis yang dibuat itu juga susulan mengesyaki Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Tan Sri Idrus Harun cuba melindungi Mohd Nazlan daripada sebarang tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa perkara ini tidak elok dilihat berlaku dalam negara dan ini juga sebenarnya menakutkan rakyat ekoran berlakunya pencemaran terhadap undang-undang dalam negara ini.<\/p>\n<p>\u201cIa juga menakutkan-nakutkan pelabur luar bila kita tidak mempraktikkan undang-undang secara rasional dan saksama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Katanya, jika seseorang itu melakukan kesalahan, tindakan perlu diambil dan tidak wajar diberikan sebarang imuniti terhadapnya sama jika rakyat yang melakukan kesalahan.<\/p>\n<p>Justeru, Hamidah turut menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan terhadap Tengku Maimun dan Idrus.<\/p>\n<p>Jelasnya, tindakan Tengku Maimun dan Idrus boleh disabitkan dengan satu kesalahan di bawah Seksyen 212 dan 217 Kanun Keseksaan kerana seolah-olah melindungi seseorang yang bersalah terhadap satu tindakan undang-undang.<\/p>\n<p>Beliau juga berharap, tindakan dikenakan terhadap Nazlan dengan membawa isu itu ke tribunal melalui Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cKita berharap suara yang dibawa oleh NGO seperti kami ini akan didengari oleh Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201c\u2026dan jika ada bukti-bukti yang sah tindakan perlu diambil terhadap kedua-dua mereka. Walaupun ia hanya melibatkan Datuk Seri Najib, tetapi kita ingin rakyat melihat undang-undang negara ini betul-betul dipraktikkan secara hak dan saksama,\u201d ujarnya<\/p>\n<p>Media sebelum ini melaporkan, rumusan SPRM mendapati Mohd Nazlan telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan semasa mengetuai kes SRC International.<\/p>\n<p>Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam surat bertarikh 20 Mac kepada firma guaman yang mewakili Najib, Shafee &amp; Co.<\/p>\n<p>Surat yang dipercayai telah \u2018bocor\u2019 itu menyatakan Mohd Nazlan telah melanggar kod etika kehakiman dan mempunyai konflik kepentingan.<\/p>\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"750\" height=\"1000\" data-id=\"6671\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/IMG-20230408-WA0006.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6671\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/IMG-20230408-WA0006.jpg 750w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/04\/IMG-20230408-WA0006-225x300.jpg 225w\" sizes=\"auto, (max-width: 750px) 100vw, 750px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa tidak ada sesiapa pun mengatasi undang-undang termasuk Raja-Raja Melayu,<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6670,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,463,607,459,70,604,606],"class_list":["post-6665","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah","tag-hakim-nazlan","tag-mahkamah-persekutuan","tag-majlis-raja-raja","tag-najib-razak","tag-perdana-menteri","tag-src-international","tag-tribunal"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6665","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6665"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6665\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6677,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6665\/revisions\/6677"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6665"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6665"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6665"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}