{"id":6744,"date":"2023-04-11T11:57:36","date_gmt":"2023-04-11T03:57:36","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6744"},"modified":"2023-04-11T11:57:44","modified_gmt":"2023-04-11T03:57:44","slug":"datuk-gelandangan-tak-lupa-gelandangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6744","title":{"rendered":"Datuk gelandangan tak lupa gelandangan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Atas sifat keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi, seorang individu bergelar Datuk tampil menyantuni ribuan gelandangan sekitar Jalan Chow Kit, di sini, sejak sembilan tahun lalu.<\/p>\n<p>Menariknya, beliau sendiri sebenarnya pernah berada di tempat mereka.<\/p>\n<p>Pengalaman lalu memberi pengajaran besar dan bermakna buat beliau untuk membantu golongan itu keluar daripada masalah hidup dan kemiskinan.<\/p>\n<p>Beliau adalah Datuk Norhisham Nasrom yang kini mampu menerajui sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebagai Presiden Pertubuhan Penyatuan Malaysia (PKPM) selepas diselamatkan satu ketika dahulu.<\/p>\n<p>Katanya, usahanya ketika ini untuk merekrut gelandangan menjadi usahawan tanpa modal dengan kerjasama kerajaan, namun hanya memerlukan minat dan tekad daripada mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Lokasi, modal saya akan bantu sediakan. Saya cuma mahu minat dan kemahuan mereka untuk berubah sahaja.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab saya dulu gelandangan, tiada siapa tolong saya sehingga lah ada satu hari, ada yang membantu. Hari ini, saya sudah ada cawangan perniagaan produk tradisional minyak bidara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pengagihan Makanan Berbuka Puasa kepada Gelandangan sekitar ibu negara, di sini.<\/p>\n<p>Program berkenaan adalah kerjasama membabitkan PKPM Pusat, Wilayah Persekutuan dan Selangor.<\/p>\n<p>Katanya, PKPM adalah NGO yang baharu sahaja ditubuhkan pada November 2022, namun sudah berkhidmat dalam bidang berkenaan sejak sembilan tahun lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Ini tekad saya, apabila saya diselamatkan, saya juga ingin menyelamatkan orang lain, ingin bantu ubah hidup orang lain.<\/p>\n<p>&#8220;Sebab saya nampak, ramai orang tak diberi peluang untuk keluar dari kemiskinan, dan kerana itu juga, sekali gus tak dapat membantu menyumbang kepada orang lain juga,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Atas sifat keprihatinan dan tanggungjawab yang tinggi, seorang individu bergelar Datuk tampil menyantuni ribuan gelandangan<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6745,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[6],"tags":[627,624],"class_list":["post-6744","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rakyat","tag-chow-kit","tag-pkpm"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6744","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6744"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6744\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6746,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6744\/revisions\/6746"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6745"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6744"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6744"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6744"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}