{"id":6936,"date":"2023-04-19T08:52:15","date_gmt":"2023-04-19T00:52:15","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6936"},"modified":"2023-04-19T08:52:19","modified_gmt":"2023-04-19T00:52:19","slug":"hoorreyxfest-raya-2023-gagal-penaja-utama-tarik-diri-ratusan-peniaga-tuntut-rugi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=6936","title":{"rendered":"HoorreyXFest Raya 2023 gagal, penaja utama tarik diri, ratusan peniaga tuntut rugi"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Penganjuran acara Hoorrey X Fest Raya 2023 yang menghimpunkan vendor jualan sempena raya Aidilfitri, hari pertama semalam, kecoh apabila acara itu dibatalkan pada saat akhir.<\/p>\n<p>Acara yang dijadualkan itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia  Kuala Lumpur (WTC) anjuran Tenview (M) Sdn Bhd.<\/p>\n<p>Tenview diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim.<\/p>\n<p>Lebih daripada 100 vendor dilaporkan telah membuat pembayaran bernilai dari RM1,500 sehingga RM80,000 untuk sewaan tapak niaga namun mereka terpaksa \u2018berputih mata\u2019 apabila pihak penganjur masih belum memulangkan wang berkenaan.<\/p>\n<p>Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pembatalan acara itu pada saat akhir amat mengecewakan.<\/p>\n<p>Vendor terlibat terpaksa menanggung kerugian besar dan tambah hiba apabila Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, untung tak dapat rugi pula terpaksa ditanggung.<\/p>\n<p>\u201cVendor acara berkenaan hanya menerima notifikasi daripada pengurusan WTC bahawa acara tersebut telah dibatalkan hanya beberapa jam sebelum acara berlangsung.<\/p>\n<p>\u201cApa yang mengejutkan seorang selebriti yang pernah dikaitkan dengan scammer turut dikatakan terbabit dalam penganjuran acara ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap usahawan berhati-hati dengan pihak penganjur yang tidak pernah ada pengalaman menganjurkan acara sebesar ini dan diharap untuk senarai hitam individu terbabit agar tidak berulang di kemudian hari.<\/p>\n<p>&#8220;Saya difahamkan Datuk Seri Ahmad Maslan dijemput sebagai perasmi acara tetapi beliau tolak kerana ada acara lain, begitu juga portal dalam talian MEDIA VARIASI yang dijemput sebagai rakan media.<\/p>\n<p>\u201cJangan sertai program \u2018last minute\u2018 raya ini pelajaran untuk semua usahawan kerana kita tidak tahu risiko yang berhadapan beberapa hari sebelum raya,\u201d katanya kepada pemberita.<\/p>\n<p>Tambah Nadzim, jika penganjur gagal membayar semula kepada vendor sebelum raya, pihaknya akan menyeru semua pihak yang teraniaya untuk turun padang bagi membuat laporan polis.<\/p>\n<p>\u201cSemua vendor akan kumpul ambil tindakan undang-undang, penganjur nak raya di balai ke?<\/p>\n<p>\u201cKita mudahkan orang lain, Tuhan mudahkan kita, kita susahkan aniaya orang, kita susah, dunia ini kecil sahaja nak lari mana, ingat itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, PPIM mengalu-alukan vendor-vendor yang terlibat untuk membuat aduan menerusi saluran PPIM bagi mengambil tindakan undang-undang atas kerugian yang dialami.<\/p>\n<p>PPIM boleh dihubungi di talian 03-40503055 atau hadir membuat aduan di Villa Puteri Kuala Lumpur bersebelahan WTCKL.<\/p>\n<p>Sementara itu, ratusan peniaga seperti pakaian, makanan, kuih raya dan kelengkapan raya terpaksa menanggung kerugian hampir ratusan ribu ringgit, setelah menempah stok yang banyak dan tidak mungkin terjual sebelum raya menjelang.<\/p>\n<p>Seorang peniaga dikenali Nora berkata, antara peniaga yang paling terkesan teruk dengan pembatalan acara ini adalah peniaga makanan kuih raya.<\/p>\n<p>\u201cKuih raya dah buat berbotol-botol dan tiba-tiba ekspo batal, rugi kami hampir RM10,000. Mana lagi kami nak jual kuih raya kalau bukan masa raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Wakil daripada Seco Ventures pula menegaskan telah menempah hampir 1,000 pasang baju Melayu dan kurta semata-mata untuk dilelong pada acara tersebut.<\/p>\n<p>\u201cNilai kerugian hampir RM50,000 dan terpaksa berputih mata memandangkan lambakan pakaian raya yang tidak dapat dijual.<\/p>\n<p>\u201cPenganjur acara, Tenview (M) Sdn Bhd hanya memberikan kenyataan pembatalan acara pada jam 6.10 petang semalam, kurang 6 jam sebelum acara berlangsung.<\/p>\n<p>Sementara itu,  Mohammad Aliff Hakim memberikan dua pilihan kepada peniaga sama ada untuk mendapatkan bayaran balik atau menunggu tarikh acara berikutnya yang akan diumumkan kelak.<\/p>\n<p>\u201cPihak penganjur akan membuat pertemuan bersama-sama dengan semua peniaga untuk urusan bayaran balik yang akan berlangsung jam 2 petang Rabu di WTC,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohammad Aliff turut menjelaskan bahawa pembatalan acara tersebut berikutan penaja utama telah menarik diri yang menyebabkan bayaran lokasi acara tidak dapat dilunaskan.<\/p>\n<p>Namun beliau tidak mendedahkan nama penaja yang terlibat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Penganjuran acara Hoorrey X Fest Raya 2023 yang menghimpunkan vendor jualan sempena raya Aidilfitri, hari<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":6937,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[456],"tags":[716,315,717,509,714,715,713,35],"class_list":["post-6936","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-viral","tag-gagal","tag-hoorrey-x-fest-raya","tag-hoorreyxfestraya","tag-ppim","tag-rugi","tag-tuntut","tag-vendor","tag-wtc"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6936","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6936"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6938,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6936\/revisions\/6938"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6937"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}