{"id":7039,"date":"2023-05-02T11:46:31","date_gmt":"2023-05-02T03:46:31","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7039"},"modified":"2023-05-02T11:46:35","modified_gmt":"2023-05-02T03:46:35","slug":"pelajar-jatuh-dari-tingkat-enam-bangunan-kediaman-universiti-cedera-parah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7039","title":{"rendered":"Pelajar jatuh dari tingkat enam bangunan kediaman universiti cedera parah"},"content":{"rendered":"\n<p>PADANG BESAR &#8211; Seorang pelajar lelaki universiti di Padang Besar, Perlis cedera parah selepas terjatu dari tingkat enam blok kediaman kampusnya di Sungai Chuchuh di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar berkenaan, Ubaidul Aqied Bustamam, 24 tahun, yang berasal dari Kulim, Kedah dipercayai tergelincir ketika cuba memanjat untuk masuk ke kediamannya untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, pihak polis terima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3 petang memaklumkan mengenai kejadian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Siasatan awal pihak polis mendapati, mangsa adalah pelajar lelaki tempatan berusia 24 tahun yang tinggal di kediaman lokasi kejadian dan berdasarkan maklumat awal, dia dipercayai cuba mengambil kunci kediamannya itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Menurut saksi yang berada di sekitar tempat kejadian, mereka terdengar bunyi seperti sesuatu jatuh sebelum melihat mangsa terbaring serta berlumuran darah di lantai aras bawah bangunan,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mangsa berada dalam keadaan sedar ketika ditemui orang ramai tetapi tidak dapat bergerak kerana kecederaan yang serius.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil. Kita sudah mengambil keterangan beberapa orang saksi bagi membantu siasatan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak polis memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak membuat sebarang andaian berkaitan kejadian itu bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Punca kejadian masih disiasat dan polis turut memohon kerjasama saksi lain yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan pihak polis.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebarang maklumat boleh terus menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Izham Aziz di talian 017-5387986.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pelajar lelaki universiti di Padang Besar, Perlis cedera parah selepas terjatu dari tingkat enam blok kediaman kampusnya di Sungai Chuchuh, semalam.<\/p>\n","protected":false},"author":5,"featured_media":7040,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[130],"tags":[809,810,808],"class_list":["post-7039","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-am","tag-cedera","tag-pelajar","tag-perlis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7039","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/5"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7039"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7039\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7041,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7039\/revisions\/7041"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7040"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7039"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7039"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7039"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}