{"id":7204,"date":"2023-05-18T10:02:17","date_gmt":"2023-05-18T02:02:17","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7204"},"modified":"2023-05-18T10:03:26","modified_gmt":"2023-05-18T02:03:26","slug":"wawa-zainal-buru-pihak-keluar-wawa-cosmetics-tiruan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7204","title":{"rendered":"Wawa Zainal buru pihak keluar Wawa Cosmetics tiruan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Usahawan selebriti, Wawa Zainal tidak lari dari mimpi buruk yang dialami usahawan produk, apabila akhirnya ada pihak tidak bertanggungjawab mengeluarkan produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.<\/p>\n<p>Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia menyedari wujud produk tiruan Sunscreen Wawa Cosmetics  selepas menerima aduan daripada &#8216;reseller&#8217; dan pengguna.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, dia bimbang kesan buruk produk tiruan itu terhadap pengguna yang boleh memudaratkan kulit.<\/p>\n<p>Keadaan itu menjadikan Wawa geram dan kecewa, sehingga tidak menghalalkan perbuatan dan pendapatan pihak berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics.&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit.<\/p>\n<p>&#8220;Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.<\/p>\n<p>&#8220;Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Wawa yang juga penaja utama Big Stage musim kelima, berkata pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>&#8220;Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua &#8216;re-seller&#8217; dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.<\/p>\n<p>&#8220;Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Usahawan selebriti, Wawa Zainal tidak lari dari mimpi buruk yang dialami usahawan produk, apabila akhirnya<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":7205,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[960,966,963,964,853,46],"class_list":["post-7204","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","tag-mimpi-buruk","tag-mudarat","tag-pihak-berkuasa","tag-pihak-tidak-bertanggungjawab","tag-wawa-cosmetics","tag-wawa-zainal"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7204","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7204"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7204\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7207,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7204\/revisions\/7207"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7205"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7204"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7204"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7204"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}