{"id":7262,"date":"2023-05-21T13:09:55","date_gmt":"2023-05-21T05:09:55","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7262"},"modified":"2023-05-21T14:00:09","modified_gmt":"2023-05-21T06:00:09","slug":"ada-masa-berehat-cari-duit-papa-jaafar-onn-masih-ligat-kerja-biarpun-usia-lanjut","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7262","title":{"rendered":"&#8216;Ada masa berehat, cari duit&#8221; &#8211; Papa Jaafar Onn masih ligat kerja biarpun usia lanjut"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Meskipun sebagai seorang artis veteran berpengalaman berpuluh tahun dalam industri hiburan, Jaafar Onn tetap tidak terlepas daripada kecaman netizen.<\/p>\n<p>Mesra disapa Papa, Jaafar, 72, tetap menerima komen berbaur negatif daripada netizen kerana didakwa seolah tidak sedar diri kerana aktif di platform media sosial yang banyak dikuasai anak muda, Tiktok.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, perkara itu tidak memberi kesan di hatinya, untuk terus bersemangat dalam meneruskan sesi &#8216;live&#8217; di TikTok.<\/p>\n<p>Baginya, pelakon, pelawak, dan pengacara itu tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana niatnya sekadar mencari rezeki.<\/p>\n<p>Jaafar ketika ini aktif mempromosikan sebuah restoran, Nasi Kukus Tonggek di platform berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak kekok untuk aktif dan buat &#8216;live&#8217; di media sosial. Walaupun orang cakap macam-macam, saya terima seadanya.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau ada orang kata jangan buat &#8216;live&#8217; kerana usia sudah lanjut, saya tidak peduli. Apa yang saya buat adalah kerja saya.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau ada orang kecam sekalipun, bagi saya, hanya satu peratus sahaja. Ada juga netizen suruh saya berehat sahaja. Namun, dalam hidup ini, ada masa untuk kita berehat dan mencari duit.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau sentiasa berehat, siapa pula mahu beri kita duit?&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pelakon drama popular, Cili Padi itu berkata, yang penting apa yang dilakukannya itu kerana Allah SWT.<\/p>\n<p>&#8220;Saya boleh bertahan kerana semuanya datang daripada Allah, bukan siapa-siapa.<\/p>\n<p>&#8220;Dekatkan diri kita dengan Allah. Sentiasa ikhlas dan jujur kerana itu adalah tonggak utama kita,&#8221; katanya yang sebagai duta pada majlis pelancaran cawangan baharu restoran Nasi Kukus Tonggek di Lot 10, Jalan Bukit Bintang, di sini.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengulas tahap kesihatan sekarang, Jaafar menjelaskan, semuanya dalam keadaan baik biarpun masih sakit lutut.<\/p>\n<p>&#8220;Biasalah orang tua-tua. Sakit itu sudah lama. Doktor nasihatkan saya supaya tidak berjalan terlalu laju dan elak terjatuh. Saya perlu berhati-hati, biar lambat asal selamat.<\/p>\n<p>&#8220;Berehat itu perlu, tapi bekerja juga perlu diteruskan. Ketika ini, saya amalkan pemakanan sihat dan ambil makanan ikut keperluan sahaja,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Meskipun sebagai seorang artis veteran berpengalaman berpuluh tahun dalam industri hiburan, Jaafar Onn tetap tidak<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":7266,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1012,383,1013],"class_list":["post-7262","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-jaafar-onn","tag-tiktok","tag-veteran"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7262","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7262"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7262\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7264,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7262\/revisions\/7264"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7266"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}