{"id":7991,"date":"2023-07-10T11:34:10","date_gmt":"2023-07-10T03:34:10","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7991"},"modified":"2023-07-10T11:34:17","modified_gmt":"2023-07-10T03:34:17","slug":"keprihatinan-pm-di-sebalik-kejayaan-uitm-menjuarai-debat-di-krabi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=7991","title":{"rendered":"Keprihatinan PM di sebalik kejayaan UiTM menjuarai debat di Krabi"},"content":{"rendered":"\n<p>editor@aatvnews.com <br>Oleh : Azrul Hakimie Anuer , 9 Julai 2023<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"766\" data-id=\"7993\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230710-WA0014-1-1024x766.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-7993\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230710-WA0014-1-1024x766.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230710-WA0014-1-300x224.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230710-WA0014-1-768x575.jpg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230710-WA0014-1.jpg 1080w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p>Pendebat UiTM bergambar bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli sebelum berlepas ke Sepanyol, kira-kira enam bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>PENDEBAT dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) memahat sejarah selepas berjaya menjuarai Pertandingan The Australasian Intervarsity Debating Championships (Australs) yang berakhir, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan yang berlangsung di Krabi, Thailand itu menyaksikan, UiTM menewaskan Indira Gandhi National Open University dalam pertandingan akhir kategori Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL).<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, pendebat UiTM, Haikal Daniel Mohamad Hasli dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam pertandingan akhir kategori ESL.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan UiTM diwakili oleh Wan Amirul Syakir Wan Ahmad Rafidi, Sarah Yasmin Aston Sofian dan Haikal Daniel yang merupakan pelajar dari Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, siapa menyangka, kejayaan tiga pelajar ini didorong oleh sikap prihatin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang suatu ketika pernah menghulurkan sokongan kepada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menceritakannya, penganalisis politik, Shahbudin Embun memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa para pendebat ini memerlukan sokongan tambahan semasa pertandingan di Sepanyol kira-kira enam bulan lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, tanpa berfikir panjang, Anwar telah mengarahkan Setiausaha Politik, Farhan Fauzi dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli menguruskan keperluan pendebat terbabit dalam masa cukup pantas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemuanya terjadi dalam masa tiga, empat jam saja. Alhamdulillah walaupun anak-anak ini tak berjaya ketika itu (di Sepanyol) tetapi semalam mereka berjaya mendapat johan,\u201d katanya menerusi satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Koordinator Debat UiTM, Azmi Mat ketika dihubungi UtusanTV mendedahkan, sokongan moral Perdana Menteri sedikit sebanyak menjadi pemangkin semangat kepada para pendebat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, para pendebat UiTM tidak menyangka dalam kesibukan pemimpin nombor satu negara itu masih lagi sempat untuk memikirkan tentang mereka dan perkara ini menjadi pemangkin semangat untuk berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka (pendebat) rasa teruja kerana bukan calang-calang orang yang bagi sokongan, ia datang dari seorang Perdana Menteri. Mereka rasa berkobar-kobar untuk mengharumkan nama negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka tak rasa (sokongan Perdana Menteri) sebagai bebanan tetapi sebagai cabaran untuk mengharumkan nama Malaysia, di Krabi mereka gembira dapat letakkan nama Malaysia di pentas debat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan ini disertai oleh 46 pasukan dari negara seperti Malaysia, Australia, New Zealand, Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun, Bangladesh, India, Pakistan, Hong kong dan China.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain UiTM, pertandingan turut disertai Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). &#8211; UtusanTV <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>editor@aatvnews.com Oleh : Azrul Hakimie Anuer , 9 Julai 2023 Pendebat UiTM bergambar bersama Timbalan Menteri Belia dan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7992,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[4],"tags":[],"class_list":["post-7991","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-nasional"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7991","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7991"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7991\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7994,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7991\/revisions\/7994"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7992"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7991"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7991"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7991"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}