{"id":8049,"date":"2023-07-13T18:56:22","date_gmt":"2023-07-13T10:56:22","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8049"},"modified":"2023-07-13T18:56:26","modified_gmt":"2023-07-13T10:56:26","slug":"jentera-bn-ph-kedah-akan-dilancarkan-pm-sabtu-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8049","title":{"rendered":"Jentera BN-PH Kedah akan dilancarkan PM Sabtu ini"},"content":{"rendered":"\n<p>editor@aatvnews.com <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"702\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230713-WA0066.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8050\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230713-WA0066.jpg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230713-WA0066-300x206.jpg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/IMG-20230713-WA0066-768x527.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>ALOR SETAR, 13 Julai &#8211; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah di Padang Awam Guar Chempedak pada Sabtu ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, himpunan jentera parti dan penyokong BN-PH itu merupakan sebahagian program sempena lawatan rasmi sehari Perdana Menteri ke negeri itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan kumpulkan semua jentera pilihan raya PH dan BN di Kedah. Kita juga telah menyusun di peringkat jawatankuasa untuk bawa penyokong kedua-dua gabungan untuk bersama dalam program gerak kerja pilihan raya pada 9 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Acara lain termasuk pentas orang muda pada sebelah petang,\u201d katanya dalam sidang media bersama Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO turut dijadual hadir serta pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahdzir berkata, siri kempen jelajah akan diteruskan di semua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Perdana Menteri melancarkannya secara serentak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiri jelajah perpaduan ini merupakan negeri kedua, selepas Selangor,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Mahfuz memaklumkan, dua lagi program turut diadakan termasuk Sentuhan Madani peringkat negeri Kedah bersama pesawah, nelayan, penoreh dan pekebun kecil di Ampang Jajar, Alor Setar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHimpunan bersejarah ini seakan mengulangi perhimpunan yang pernah diadakan sewaktu Anwar menjadi Menteri Pertanian satu ketika dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya harap pesawah, nelayan, penoreh dan pekebun kecil ambil peluang ini untuk dengar amanat selain menyuarakan permasalahan untuk ditangani bagi meningkatkan kehidupan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, Karnival Usahawan Desa pula diadakan di Sungai Petani pada 12.30 tengah hari, dengan menghimpunkan usahawan Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu semarakkan lagi peranan usahawan dengan menggerakkan mereka sebagai salah satu enjin ekonomi negara walaupun daripada kumpulan desa mahupun perniagaan kecil,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>editor@aatvnews.com ALOR SETAR, 13 Julai &#8211; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera pilihan raya Barisan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8043,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-8049","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8049","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8049"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8049\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8051,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8049\/revisions\/8051"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8043"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8049"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8049"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8049"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}