{"id":8085,"date":"2023-07-15T20:34:55","date_gmt":"2023-07-15T12:34:55","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8085"},"modified":"2023-07-15T20:35:01","modified_gmt":"2023-07-15T12:35:01","slug":"kembali-dengan-sentuhan-mark-adam-penyanyi-cilik-angelica-petra-muncul-dengan-single-kedua-berjudul-detik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8085","title":{"rendered":"Kembali dengan sentuhan Mark Adam, penyanyi cilik Angelica Petra muncul dengan single kedua berjudul Detik"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-medium-font-size\">editor@aatvnews.com<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">KUALA LUMPUR &#8211; Pada tahun 2021, penyanyi cilik Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Menariknya, Angelica berpeluang berduet dengan guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam yang juga pencipta lagu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Selepas dua tahun, Angelica kembali muncul semula dengan single kedua berjudul Detik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Masih lagi mendapat sentuhan Mark, penyanyi itu mengakui Angelica adalah seorang anak murid yang mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang nyanyian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cKetika mengajarnya, saya melihat kelebihan Angelica menyanyikan beberapa genre lagu di dalam kelas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cMalah, dia adalah pelajar yang sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Bercerita lebih lanjut mengenai lagu Detik, Mark menjelaskan ia dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021, di mana waktu itu semua orang terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk keluar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cKetika PKP berlaku, ada yang berjauhan dengan ibu bapa, saudara-mara, suami atau isteri dan juga rakan-rakan sehingga akhirnya tercetuslah idea untuk saya menghasilkan lagu Detik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cLagu ini menceritakan tentang sebuah kisah persahabatan yang saling berjauhan dan timbul perasaan rindu. Apa yang ada ketika itu adalah sebuah memori dan kenangan bersama mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Mark berkata, antara keistimewaan lagu ini adalah pada lirik dan melodi, di mana ia akan membuatkan seorang akan mengalami perasaan rindu terhadap seseorang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Dalam pada itu, Mark juga mengakui terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk sesi rakaman lagu ini bersama Angelica.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cCabarannya adalah ketikan sesi rakaman dibuat semasa PKP. Jadi Angelica sendiri terpaksa belajar dengan beberapa cara sama ada online ataupun offline untuk untuk menghasilkan lagu ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cSelain itu, Angelica juga ketika itu perlu belajar genre yang baru untuk dirinya iaitu Pop Standard,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Sementara itu, Angelica juga sangat bertuah memandangkan ibunya sendiri iaitu Datuk Rosmarayu Mokhtar yang juga pemilik syarikat D\u2019Ayu Muzik adalah individu paling kuat menyokong pembabitannya dalam bidang seni suara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Datuk Ayu berkata, dia sememangnya gembira melihat perkembangan anaknya itu yang semakin matang serta gigih mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cPengalaman pertamanya menerusi lagu Selamanya Bersama ketika usianya baru sembilan tahun telah benar-benar memberi kesan positif terhadap minatnya dengan dunia nyanyian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cKini pada usianya yang telah mencecah 11 tahun, saya percaya anak saya ini semakin matang serta semakin faham dengan dunia nyanyian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"576\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-12-at-11.48.08-576x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8087\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-12-at-11.48.08-576x1024.jpeg 576w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-12-at-11.48.08-169x300.jpeg 169w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-12-at-11.48.08-768x1365.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-12-at-11.48.08-864x1536.jpeg 864w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/07\/WhatsApp-Image-2023-07-12-at-11.48.08.jpeg 900w\" sizes=\"auto, (max-width: 576px) 100vw, 576px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Beliau memaklumkan, ketika ini Angelica bernaung di bawah syarikat rakaman D\u2019Ayu Muzik yang juga telah pun menyusun jadual muzik tanpa mengganggu jadual persekolahannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Ujarnya, pemilihan lagu kedua ini adalah hasil daripada kesepakatan unit Artis dan Repertoir (A&amp;R) D\u2019Ayu Muzik yang mempunyai perancangan tersendiri terhadap Angelica.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cSaya dipanggil oleh A&amp;R Manager D\u2019Ayu Muzik yang menyatakan bahawa pihak pengurusan akan keluarkan single kedua Angel.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">\u201cSelepas mendengar demo lagu Detik, saya terus bersetuju dengan lagu terbabit yang kebetulan lebih dekat dengan Angel yang sedang rindukan sahabat karibnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Katanya, ketika ini pelancaran lagu berkenaan sudah memasuki fasa terakhir dengan segala persediaan telah dibuat, termasuk dengan muzik video yang sudah disiapkan sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Untuk makluman, lagu Detik sudah dilancarkan pada 30 Jun lalu di semua platform digital streaming bersama Muzik Video di YouTube Channel D\u2019Ayu Music.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Lebih menarik lagi, Detik juga sudah tersenarai dalam Carta Lagu Baru Nak Up di Stesen Radio Era.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Untuk info Angelica Petra juga salah seorang pelakon yang membintangi filem Harum Malam bersama barisan pelakon lain seperti Bront Palarae, Remy Ishak dan Nadiya Nisaa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Filem arahan Dain Said itu berjaya menarik minat pengedar antarabangsa apabila bakal ditayangkan di luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Selain itu, Angelica Petra pernah memenangi Bronze Award kategori Best Child Actress di festival Best Actor &amp; Director Award \u2013 New York pada tahun 2022 menerusi filem Daddyku Gangster.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Pada tahun 2021, penyanyi cilik Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster.<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":8086,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1396,1395,503,1394,1397,675],"class_list":["post-8085","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-angelica-petra","tag-detik","tag-hiburan","tag-mark-adam","tag-penyanyi-cilik","tag-single"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8085","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8085"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8085\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8088,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8085\/revisions\/8088"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8086"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8085"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8085"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8085"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}