{"id":8110,"date":"2023-07-16T23:10:28","date_gmt":"2023-07-16T15:10:28","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8110"},"modified":"2023-07-16T23:10:31","modified_gmt":"2023-07-16T15:10:31","slug":"dj-lin-hargai-undian-peminat-seronok-raikan-persaingan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8110","title":{"rendered":"DJ Lin Hargai Undian Peminat, Seronok Raikan Persaingan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-medium-font-size\">editor@aatvnews.com<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">KUALA LUMPUR &#8211;\u00a0Finalis penyampai radio popular DJ Lin melahirkan rasa penghargaan buat semua peminat yang berhabisan mengundi dirinya sehingga ke saat akhir lewat malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Penyampai rancangan popular Suria Cinta di Suria FM itu berkata, dia hilang kata-kata dan terharu dengan sokongan berterusan sejak nama dicalonkan dalam persaingan Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Setiap hari ada saja yang beritahu mereka undi saya dan menyatakan sokongan terutamanya peminat Suria Cinta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Saya bertuah dengan rezeki kasih sayang yang sentiasa ada daripada peminat sejak 17 tahun lalu,&#8221; katanya dalam misi mempertahankan anugerah kategori penyampai radio popular untuk kali kelima tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">DJ Lin turut berterimakasih kepada keluarga dan insan insan kesayangan yang &nbsp;sentiasa mendoakan dan berusaha membantu dirinya dalam menjayakan kempen sepanjang proses undian berjalan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Pemilik nama sebenar Roslinda Abd Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, dia percaya restu dan doa arwah ibunya juga antara faktor kejayaannya pada hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Bukan sahaja popular, DJ Lin, 47, juga pernah dinobatkan sebagai penyampai radio terbaik dan dipercayai, dari pengiktirafan tempatan juga antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Saya percaya restu ibu dan keikhlasan dalam melakukan kerja akan sentiasa membuahkan hasil tanpa terlalu megharapkan balasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Saya juga yakin keputusan berhijab membuka banyak lembaran baharu dan pintu rezeki buat saya, Alhamdulillah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">DJ Lin juga menyerahkan segalanya kepada rezeki dan gembira kerana masih berada dalam Top 5 pencalonan anugerah berkenaan bersama Tyzo, Haiza, DJ Sonic dan Johan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Ada yang minta saya beri laluan, pada saya semua ini hadiah peminat dan mereka yang memilih dan menyokong saya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Tidak manis untuk saya hampakan, pada saya bersaing secara sihat dan sama-sama memeriahkan industri penyiaran negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Lagipun negara kita tidak ada banyak penganugerahan jadi wajar untuk kita semua sokong serta raikan,&#8221; katanya. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Pada masa sama, DJ Lin juga berkongsi berita gembira segmen Suria Cinta kelolaannya berjaya mendapat tajaan produk ternama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Dia berkata, Suria Cinta dibawakan oleh Narqes sejak bulan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Sejak 24 tahun bergelar penyampai radio, anak kelahiran Johor ini sudah mendapat 13 anugerah yang menghargai kerjayanya itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211;\u00a0Finalis penyampai radio popular DJ Lin melahirkan rasa penghargaan buat semua peminat yang berhabisan mengundi dirinya sehingga ke saat akhir lewat malam tadi.<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":8111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1117,1088,693,1406,703],"class_list":["post-8110","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-abpbh35","tag-dj-lin","tag-penyampai-radio","tag-suria-cinta","tag-suria-fm"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8110","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8110"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8110\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8112,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8110\/revisions\/8112"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8110"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8110"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8110"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}