{"id":8662,"date":"2023-08-22T11:54:37","date_gmt":"2023-08-22T03:54:37","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8662"},"modified":"2023-08-22T11:55:05","modified_gmt":"2023-08-22T03:55:05","slug":"quantum-metal-jalin-kerjasama-dengan-semboyan-malaysia-bakal-buka-40-kedai-emas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8662","title":{"rendered":"Quantum Metal jalin kerjasama dengan Semboyan Malaysia, bakal buka 40 kedai emas"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-medium-font-size\">PETALING JAYA &#8211; Syarikat pengimport dan pembekal emas Quantum Metal Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan Malaysia sebagai usaha menyediakan saluran bagi menangani isu pelaburan emas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi berkata, melalui kerjasama itu, orang ramai boleh membuat pelaburan dengan selamat dan terjamin tanpa berdepan dengan penipuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Dia berkata, QM sebuah syarikat yang mempunyai kapasiti sebenar kerana turut membekalkan emas dan bukan hanya menjalankan pelaburan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Kita mahu dengan kerjasama ini dapat menyediakan solusi kepada mereka yang mahu melabur emas menggunakan saluran tepat tanpa ditipu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Sebelum ini kami banyak menerima kes penipuan tapi kami tidak ada penyelesaian untuk bantu mereka membeli dan melabur dengan pihak yang betul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;QM sebuah syarikat yang dipercayai dan mereka yang mahu melabur boleh berurusan dengan mereka ini tanpa was-was,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/WhatsApp-Image-2023-08-22-at-11.39.04-1-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8664\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/WhatsApp-Image-2023-08-22-at-11.39.04-1-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/WhatsApp-Image-2023-08-22-at-11.39.04-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/WhatsApp-Image-2023-08-22-at-11.39.04-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/WhatsApp-Image-2023-08-22-at-11.39.04-1-1170x780.jpeg 1170w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/WhatsApp-Image-2023-08-22-at-11.39.04-1.jpeg 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Yusof berkata, ramai yang mahu mencari alternatif pendapatan pada masa kini dan ada yang terdesak sehingga kabur dengan janji manis tidak berasas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Katanya, dalam tahun lalu lebih 1,500 kes penipuan pelaburan dicatatkan dalam aduan terhadap Semboyan, di mana kira-kira 300 dapat diselesaikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Antara kesnya ialah membabitkan 10 ribu orang dengan kerugian RM50 juta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Sebab itu saya kata, apa pun niat kita jangan tamak dan gelap mata. Kena periksa serta tahu perkara sebenar sebelum melabur termasuk emas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;QM sebuah syarikat yang memang dijamin dan turut mempunyai hubungan baik dengan bank-bank di negara ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Pengasas QM Datuk Lim Khong Soon berkata, syarikat itu mendapat pengiktirafan patuh syariah dari Akademi Penyelidikan Syari\u2019ah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Tambahnya, QM ialah pengedar utama emas London Bullion Market Association (LBMA).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Kerjasama ini bagi sama-sama memberikan saluran yang betul kepada mereka yang mahu melabur dan memiliki emas supaya tidak teraniaya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">&#8220;Kami juga gembira kerana diperakui dan diterima oleh Semboyan Malaysia yang dikenali sebagai badan anti penipuan serta penganiayaan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Lim menambah QM juga bakal membuka 40 kedai emas di seluruh negara dalam masa dua tahun dengan kedai emas pertama akan beroperasi di Pulau Pinang dalam masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Pihak QM juga mengingatkan orang ramao supaya sentiasa berhati-hati mengenai pelaburan emas supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scammer.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Antara perkara yang perlu diambil peduli ialah kadar nilai emas tidak tetap dan akan berubah sepanjang 24 jam dari Isnin hingga Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-medium-font-size\">Justeru, tidak ada mana-mana pihak boleh menjanjikan pulangan dengan nilai kadar emas tetap.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA &#8211; Syarikat pengimport dan pembekal emas Quantum Metal Sdn Bhd menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Semboyan<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":8663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[16],"tags":[843,842,1535],"class_list":["post-8662","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bisnes","tag-pelaburan-emas","tag-quantum-metal","tag-semboyan-malaysia"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8662","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8662"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8662\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8666,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8662\/revisions\/8666"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8662"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8662"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8662"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}