{"id":8777,"date":"2023-09-12T10:53:53","date_gmt":"2023-09-12T02:53:53","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8777"},"modified":"2023-09-12T10:54:04","modified_gmt":"2023-09-12T02:54:04","slug":"kisah-legenda-ulek-mayang-diterjemah-ke-layar-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8777","title":{"rendered":"Kisah legenda \u2018Ulek Mayang\u2019\u00a0diterjemah ke layar perak"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Ulek Mayang adalah tarian tradisional Melayu yang berasal dari Terengganu iaitu sejenis tarian penyembahan yang dikaitkan mempunyai unsur mistik dan misteri sehingga kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, kisah ini hanya menjadi sejarah dan\u00a0legenda. Bagi mengekalkan kisah ini supaya tidak lenyap dari pemikiran masyarakat, ia terus diterjemahkan dalam pelbagai medium.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaharu, Ulek Mayang bakal diangkat ke layar perak dan diarahkan oleh pengarah terhebat Bade Azmi. Ini adalah karya terbaharu Bade selepas lima tahun berehat daripada kerusi pengarahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Filem ini diterbitkan hasil kerjasama syarikat produksi Langit Terang Productions Sdn Bhd bersama Valus Vision International Film Distribution, iaitu sebuah jenama di bawah syarikat Valus PLT sebagai Penerbit Eksekutif dan Pengedar Antarabangsa di bawah Central City Media yang berpusat di United Kingdom.<\/p>\n\n\n\n<p>Filem&nbsp;<em>Ulek Mayang&nbsp;<\/em>berkisar tentang kisah percintaan antara dua dimensi di antara Mayang dan Awang yang diinspirasikan daripada lagu dan tarian tradisional Terengganu, iaitu Ulek Mayang. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Filem bergenre seram dan cinta itu akan menggabungkan penceritaan yang menarik dengan sentuhan moden dan meneroka tema cinta, identiti dan spiritual.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia digabungkan dengan visual yang menakjubkan bersama lagu latar yang mengasyikkan untuk membawa penonton ke dunia legenda yang mengagumkan, sekaligus memberi pengalaman sinematik yang tidak dapat dilupakan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"908\" src=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/WhatsApp-Image-2023-09-12-at-10.52.56-1024x908.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8779\" srcset=\"https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/WhatsApp-Image-2023-09-12-at-10.52.56-1024x908.jpeg 1024w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/WhatsApp-Image-2023-09-12-at-10.52.56-300x266.jpeg 300w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/WhatsApp-Image-2023-09-12-at-10.52.56-768x681.jpeg 768w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/WhatsApp-Image-2023-09-12-at-10.52.56-1170x1037.jpeg 1170w, https:\/\/aatvnews.com\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/WhatsApp-Image-2023-09-12-at-10.52.56.jpeg 1280w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Bade berkata, besar harapannya jika filem ini dapat menarik orang ramai untuk menontonnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap kisah ini dapat menarik peminat filem tempatan dan penonton luar untuk sama-sama menghayati kisah legenda ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMengenai jalan cerita tidak banyak yang kita ubah dan kita ada babak zaman dahulu dan sekarang,\u201d katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi mengenai calon watak-watak utama filem itu, Bade berkata ada beberapa nama yang dilihat sesuai namun ia masih dalam pertimbangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFilem ini memerlukan khidmat ramai pelakon baru dan lama, mungkin juga kami akan gunakan khidmat pelakon baru tetapi mempunyai bakat dalam seni dan lakonan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga membuka ruang dan peluang kepada mana-mana pelakon untuk hadir menyertai uji bakat yang kami adakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bade berkata, melalui filem ini mereka&nbsp;ingin mempamerkan kekayaan dan kepelbagaian budaya Terengganu dengan membawa cerita rakyat ini dalam versi&nbsp;yang mempersonakan ke layar perak. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami mahu&nbsp;meraikan pelbagai tradisi, adat resam dan cerita yang membentuk fabrik masyarakat kita dan menarik perhatian penonton tempatan dan antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Penerbit Langit Terang Productions Sdn Bhd, Nur Hussein berkata, mereka percaya medium filem mampu menjadi satu alat yang penting untuk bercerita dan memelihara budaya, yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik dan menggalakkan penonton tempatan dan luar negara \u00a0mengapresiasi budaya tradisional yang semakin dilupakan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUlek Mayang adalah salah satu kisah legenda yang perlu kita kekalkan dengan pelbagai cara dan salah satunya menerusi terjemahan ke filem.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkin tidak ramai anak muda sekarang yang tahu atau pernah dengar mengenai Ulek Mayang. Kami berharap dengan terhasilnya filem ini dapat menarik mereka untuk menonton dan mengetahui lebih mendalam lagi mengenai\u00a0kisah\u00a0ini,\u201d katanya. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Ulek Mayang adalah tarian tradisional Melayu yang berasal dari Terengganu iaitu sejenis tarian penyembahan yang<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":8778,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1556,77,1555],"class_list":["post-8777","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-bade-azmi","tag-filem","tag-ulek-mayang"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8777","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8777"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8777\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8780,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8777\/revisions\/8780"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8778"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8777"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8777"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8777"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}