{"id":8847,"date":"2023-09-23T10:45:22","date_gmt":"2023-09-23T02:45:22","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8847"},"modified":"2023-09-23T10:45:30","modified_gmt":"2023-09-23T02:45:30","slug":"kolaborasi-dengan-st12-hazama-cari-peluang-tembusi-pasaran-indonesia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=8847","title":{"rendered":"Kolaborasi dengan ST12, Hazama cari peluang tembusi pasaran Indonesia"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Peluang bekerjasama dengan ST12 menerusi single Harapan Tak Kunjung Usai diharap memberi ruang buat penyanyi Hazama menembusi\u00a0pasaran muzik di Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Hazama berkata, bukan semua penyanyi di Malaysia mendapat jalan mudah untuk ke sana, namun dia bersyukur apabila kerjasama menerusi single ini bagaikan membuka jalan untuknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Harapan Tak Kunjung Usai sudahpun dilancarkan di Indonesia pada 5 September lalu dan lagu ciptaan Pepep ST12 itu adalah kerjasama dua negara iaitu PT Dua Suara Media dan Luncai Emas Sdn Bhd.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkongsi perasaannya, Hazama berkata, pada awal dia bimbang dengan sambutan peminat di sana takut ada yang tidak suka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya gembira dan teruja kerana mereka semua memberi sokongan penuh sepanjang saya membuat promosi lagu itu di sana.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRamai yang suka kolaborasi kami untuk lagu ini kerana itulah akan ada single kedua daripada kami nanti,\u201d katanya ketika ditemui pada pelancaran lagu Harapan Tak Kunjung Usai, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hazama berkata, pada awal bukan mudah untuknya menerima tawaran itu kerana banyak faktor perlu diambil kira.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengambil sedikit masa kerana mahu mencari keserasian muzik antara saya dan ST12.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak mahu dibayangi ST12 dan biarlah kekal dengan cara dan lenggok sendiri tetapi untuk single ini saya perlu menyesuaikannya dengan konsep dan muzik mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga berharap kolaborasi ini akan berterusan tidak hanya saya tetapi semua artis Malaysia dan Indonesia dapat terus bersama-sama mengembangkan karya muzik di kedua-dua negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hazama berkata, dia juga tidak menolak jika diberi peluang mengadakan konsert di sana satu hari nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPastinya ia satu peluang yang sudah lama saya nantikan, jika ada peluang dan kesempatan itu saya tidak akan tolak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBertemu mereka untuk pelancaran single ini sahaja sudah cukup buat saya rasa teruja apatah lagi jika mengadakan konsert di sana,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, mewakili ST12 Pepep berkata, mereka tidak ada masalah berkolaborasi dengan mana-mana artis\u00a0Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada awal kami tidak kenal dengan Hazama tetapi pernah mendengar lagunya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKetika kami membuat survey mengenai kolaborasi ini boleh dikatakan hampir semua peminat bersetuju dan menyokong penuh usaha kami berkongsi lagu dengan Hazama,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Peluang bekerjasama dengan ST12 menerusi single Harapan Tak Kunjung Usai diharap memberi ruang buat penyanyi<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":8848,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1584,1585],"class_list":["post-8847","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-hiburan","tag-hazama","tag-st12"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8847","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8847"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8847\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8849,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8847\/revisions\/8849"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8848"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8847"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8847"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8847"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}