{"id":9830,"date":"2024-01-06T02:09:26","date_gmt":"2024-01-05T18:09:26","guid":{"rendered":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=9830"},"modified":"2024-01-06T09:35:30","modified_gmt":"2024-01-06T01:35:30","slug":"langkah-dubai-tak-wajar-tak-puas-hati-tunggu-pru16-kata-shahaniza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/aatvnews.com\/?p=9830","title":{"rendered":"&#8216;Langkah Dubai&#8217; tak wajar, tak puas hati tunggu PRU16, kata Shahaniza"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Langkah Dubai tak wajar, Tak puas hati tunggu PRU16.\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/yoLV-in3t3w?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p>KUALA LUMPUR &#8211; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menyifatkan &#8216;Langkah Dubai&#8217; sebagai tidak wajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati sepatutnya menunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) untuk menukar kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sekiranya benar ia berlaku, saya kira itu tidak wajar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya kira sudah setahun kita bersama Kerajaan Perpaduan. Tak puas hati tunggu tiga tahun lagi iaitu Pilihan Raya akan datang,&#8221; katanya kepada AATV News.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa gerakan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dubai turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh bergelar Tun menggunakan dana asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada &#8216;ejen&#8217; untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau tahu mengenai &#8216;Langkah Dubai&#8217; sebelum individu terbabit mendarat di bandar raya itu, tetapi enggan mendedahkan nama individu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>1 Jan lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menafikan terbabit dalam gerakan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, Abdul Rahman membuat aduan polis mengenai fitnah itu apabila namanya turut dikaitkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Shahaniza yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Maran berkata sepatutnya masa ini adalah untuk negara terus melangkah ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, apa yang perlu diberi perhatian adalah mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini untuk mendapatkan kepercayaan balik daripada pelabur-pelabur asing dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau negara kita masih bergolak dalam politik, masih tidak dapat tingkatkan ekonominya, rakyat akan semakin susah dan sukar hadapi kehidupan mereka. Ini boleh menyebabkan berlakunya pemberontakan dalam kalangan rakyat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Shahaniza berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu perkukuhkan parti itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya ini termasuk dengan memberi perhatian kepada kepentingan dan kebajikan rakyat sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR &#8211; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menyifatkan &#8216;Langkah Dubai&#8217; sebagai tidak wajar.<\/p>\n","protected":false},"author":6,"featured_media":9831,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-9830","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9830","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/6"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9830"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9830\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9835,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9830\/revisions\/9835"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9831"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9830"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9830"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/aatvnews.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9830"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}