KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2026 – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama pengadu tampil menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bagi memohon campur tangan pihak istana berhubung kemelut tunggakan bayaran projek pembinaan Masjid Al-Madinah, USJ 18.

Wakil NGO, Ridzuan Ikhlas menegaskan bahawa langkah tersebut diambil agar Tuanku Sultan Selangor mendapat gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku, memandangkan maklumat sebelum ini hanya disalurkan menerusi agensi berkaitan seperti pihak berkuasa dan Jabatan Agama Islam.
Menurut beliau, memorandum berkenaan memperincikan beberapa fakta penting berserta bukti kukuh berhubung nasib kontraktor yang didakwa masih belum menerima baki bayaran berjumlah kira-kira RM800,000.
”Sebagai seorang Muslim, saya terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini. Kontraktor berkenaan telah menyiapkan rumah ibadat kita, namun sehingga kini haknya masih belum dilunaskan,” katanya.
Beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pihak yang cuba memutarbelitkan isu ini dan melabelkannya sebagai tohmahan serta fitnah, sedangkan pihak NGO hanya bertindak atas dasar amanah membawa aduan masyarakat.

Ridzuan turut mendedahkan bahawa pihaknya mempunyai bukti simpanan termasuk rakaman perbualan selama lebih satu jam bersama individu yang mendakwa mewakili pihak agensi berkaitan. Rakaman tersebut, yang didakwa mengandungi unsur ugutan dan cubaan menutup isu, akan diserahkan kepada pihak mahkamah melalui peguam.

Mengulas mengenai tindakan undang-undang, beliau mengesahkan pihaknya telah menerima surat saman daripada pihak berkuasa agama negeri sebelum ini, namun menyifatkannya sebagai perkara biasa dan menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguam.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan sikap pihak berkuasa yang dilihat lambat bertindak ke atas beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh kontraktor dan pihak NGO.
Beliau turut membandingkan ketegasan pihak berkuasa dalam kes-kes lain, termasuk isu bekas ADUN, Ronnie Liu yang didakwa menafikan titah Sultan Selangor sebelum ini tetapi masih belum dikenakan tindakan tegas.
Ridzuan memberi amaran sekiranya kemelut bayaran pembinaan masjid ini terus menemui jalan buntu dan tiada penyelesaian tuntas daripada agensi terlibat, pihaknya tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pihak NGO berharap Tuanku Sultan Selangor berkenan meneliti memorandum yang dipersembahkan demi menjaga kesucian institusi masjid serta maruah umat Islam, di samping memastikan keadilan dapat ditegakkan buat semua pihak yang teraniaya.

Selvakumar perumalsamy
Bank islam
12065020527890
#BeritaAAC #IsuMasjidUSJ18 #SultanSelangor #RidzuanIkhlas #TuntutKeadilan