KUALA LUMPUR: Jenama burger jalanan tempatan terkemuka, GTR Burger menjalinkan kerjasama bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada sepanjang Ramadan ini.
Pengasas GTR Burger, Nordin Mat berkata RTM menjadi rakan strategik dalam satu rancangan ‘borak dulu baru buka’ yang menampilkan tokoh-tokoh agama dan pempengaruh terkenal.
“Rancangan itu selama sejam akan bermula dari jam 6.45 petang sehingga 7.44 malam setiap hari pada sepanjang bulan Ramadan dan akan diikuti program khas Hari Raya.
“Kami (GTR Burger) akan diberi peluang buat penampilan setiap hari bersama dengan tetamu undangan untuk perkenalkan GTR Burger,” katanya kepada AATV News.
Katanya lagi, GTR Burger juga akan membawa usahawan-usahawan mereka dari seluruh negara tampil dalam rancangan itu.
“Jadi apa rancang kita akan bawa usahawan-usahawan kita dari seluruh Malaysia untuk tampil rancangan ini sejurus sebelum buka puasa.
“Dalam rancangan itu akan menampilkan tokoh agama dan pempengaruh terkenal untuk kita promosikan GTR Burger yang bertemakan ‘burger kualiti sentiasa di hati,” katanya.
Nordin percaya dalam program bersama RTM itu akan memberi impak untuk memperkenalkan lagi GTR Burger kepada masyarakat di luar.
Sementara itu, Nordin juga berkata Ramadan tahun ini juga menjadi bulan bermakna selepas 10 tahun GTR Burger beroperasi.
Beliau berkata usahawan dan peniaga GTR Burger tahun ini akan masuk berniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh negara.
“Kita ada 300 gerai dan sebahagian besar mereka akan masuk ke bazar Ramadan.
“Kita akan ada menu istimewa sempena dengan bulan Ramadan. Peniaga ada menu istimewa dengan jualan harga yang sangat murah.
“Ada menu RM10 iaitu burger Smokey Beef Cheese Leleh Cheesy Wedges dan RM10 harga burger Ayam Crispy Cheese Leleh.
“RM11 untuk menu Chicken Crispy Spaghetti Bolognese dan menu istimewa BBQ Wagyu A5 Skewers Stick berharga RM35,” katanya.