KUALA LUMPUR – Walaupun Malaysia kaya hidangan daripada pelbagai bangsa, setiap masakan ada perbezaannya.

Seorang anak muda, Jonathan Vela menunjukkan contoh beliau walaupun berbangsa India tetapi berjiwa Melayu.

Ini ditunjukkan melalui kedainya Western Banana Lah yang menyajikan makanan-makanan berkonsepkan Melayu.

Semalam, Restoran Western Banana Lah telah membuka secara rasmi di No 66, Jalan Jelawat 1, Amber Business Plaza 2, Batu 3 1/2 Jalam Cheras, Kuala Lumpur.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Jonathan, 37, yang turut dikenali sebagai Prince John merupakan pemimpin India di dalam negara.

Di Restoran Western Banana Lah menyajikan makanan istimewa seperti roti canai, makanan asli Melayu, makanan daun pisang, western food, masakan goreng dan masakan Malaysia.

Harga yang dijual juga berpatutan seperti roti canai dengan teh tarik berharga RM2 dan roti canai dengan nescafe berharga RM3.

Dalam majlis itu, Azman turut membuat penyerahan bakul makanan sempena Ramadan kepada umat Islam di sekitar Bandar Tun Razak.

Semalam, beliau turut memberi sumbangan ‘Back to School’ di kawasan itu.

Azman turut berharap restoran Western Banana Lah akan terus maju dan dapat menyantuni masyarakat dalam negara dengan baik.

Leave a Reply