PETALING JAYA, 15 Mac – Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada 100 anak yatim dan pelanggan yang mengunjungi Pasar Raya Giant Hypermarket Kota Damansara melalui Program Tahunan Ramadhan bersama Giant dan penaja utama iaitu MaggiMalaysia. Program ini melibatkan aktiviti antara kakitangan Giant, Adabi, Faiza, Saji dan Kara dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada anak yatim, pelanggan dan masyarakat setempat.

Program Tahunan Ramadhan bersama Giant adalah dibawah Program Tanggungjawab Social Korporat (CSR) Giant. Giant Kota Damansara merupakan salah satu daripada 42 cawangan seluruh Malaysia yang terpilih dibawah program CSR Giant bagi tahun 2024.

Majlis Agihan Bubur Lambuk ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Giant, Encik Tiger Cheah, ADUN Kota Damansara, YB Muhammad Izuan Bin Ahmad, Puan Zalifah Binti Salikin, Pengarah Program Bantuan Domestik, Puan Huzairah Baharuddin, Pengarah YKN Zon Tengah, Encik Mizhar Bin Haji Mazlan, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Pengurusan) dan Puan Noor Eliza Mat Radzi Ketua Seksyen Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan.

Selain itu, Giant turut memberikan hadiah raya kepada anak yatim serta pemberian cenderahati daripada Pejabat Kesihatan Negeri Selangor. Giant turut menyambut baik sumbangan CSR ini dan berharap aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dalam mengeratkan silaturrahim diantara Giant, Agensi Kerajaan dan syarikat pengeluar makanan serta memperkukuh budaya saling sayang menyayangi di kalangan masyarakat.

Leave a Reply