KUALA LUMPUR – Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan pasangan suami isteri, Nor Dhamirah Daling dan Mohd Zulatika Ghani nekad menceburi bidang perniagaan emas yang diberi nama MiraGold.
Menggunakan tagline ‘Pencetus Nafsu Sebenar Wanita’, pengasasnya, Nor Dhamirah Daling berkata, MiraGold kini membuka cawangan keduanya iaitu di Taman Melawati, Kuala Lumpur dan sudahpun mula beroperasi sejak 8 Mac lalu.
“Sempena pembukaan cawangan ini, 100 pengunjung terawal berpeluang menikmati promosi menarik antaranya cincin emas berharga RM99 dan rantai tangan berharga RM399.
“Kami berharap jenama MiraGold akan mendapat tempat di hati peminat barang kemas di sekitar Lembah Klang malah menjadi kedai emas nombor satu idaman wanita di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Majlis pelancaran MiraGold yang berlangsung baru-baru ini, menampilkan peragaan pelbagai koleksi dan rekaan menarik dari kategori evergreen, moden dan juga unik antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia.
Tampil dengan koleksi Dubai, MiraGold menerima sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari seluruh Malaysia, malah bagi pasaran luar negara, ada pelanggan yang datang dari Singapura.
“MiraGold banyak mengetengahkan koleksi Dubai kerana kalau kita tengok koleksi Dubai ini adalah koleksi yang premium, gah dan mewah.
“Kebanyakkan kedai emas kurang mempamerkan koleksi ini sebab harganya yang agak premium,” katanya.
Syarikat yang ditunjangi mereka adalah 100 peratus milik bumiputera dan mula bertapak pada tahun 2018 di Bandar Baru Uda sebelum beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019.
Beroperasi setiap hari tanpa cuti, bermula 10 pagi hingga 9 malam, MiraGold juga aktif penjualan dalam talian dan live di sosial media seperti Facebook, Tiktok dan Instagram dan mengambil kesempatan sepenuhnya dari media sosial untuk mempromosikan produk mereka.