PETALING JAYA – Sebuah lori disyaki telah membawa muatan salah setelah diperiksa Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di perkarangan Balai Polis Sri Lalang, Kluang, Johor.

Dalam satu laporan polis, lori itu didapati membawa e-waste yang dibawa dari luar negara untuk diproses.

“Hasil pemeriksaan muatan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Kastam didapati barangan tersebut disyaki e-waste yang dibawa dari luar negara untuk diproses.

“Pemandu lori juga tidak mempunyai dokumen yang terhadap barangan tersebut,” katanya dalam satu laporan polis yang dibuat.

Menurut pegawai dari Jabatan Kastam, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Pegawai Jabatan Alam Sekitar akan siasat dibawah Seksyen 18 (1A) Akta Kualiti Alam Sekitar Sekeliling 1974 (Akta 127).

“Barang kes lori itu akan diserahkan kepada pihak Kastam dan Jabatan Alam Sekitar untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut laporan itu yang dibuat semalam pemandu lori telah dibuat pemeriksaan selepas terlibat dengan kemalangan.

“Pemandu lori telah memotong seal di pintu kontena untuk diperiksa dengan di saksikan bersama pegawai kastam dan pegawai Jabatan Alam Sekitar,” katanya.

Leave a Reply