KUALA LUMPUR, 8 Okt 2025 – Ketua UMNO Bahagian Batu Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar, menegur keras tindakan penganjuran majlis rasmi kerajaan yang meraikan sesuatu dengan minuman keras atau arak, terutama apabila melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta logo Petronas, syarikat kebanggaan negara.

Menurut beliau, tindakan tersebut bukan sahaja menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini, malah mencemarkan nilai moral dan adab sebagai sebuah masyarakat majmuk yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Ini bukan soal politik tetapi isu moral, keperibadian dan tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia,” tegas Datuk Gulam.


Beliau turut menyelar Menteri MOTAC dan CEO Petronas yang menurutnya sepatutnya lebih berhati-hati serta mampu mengantisipasi risiko sensitiviti agama dan sosial dalam setiap program rasmi.

“Kalau itu tahap IQ anda, lebih baik letak jawatan kerana gagal mempertahankan nilai Rukun Negara,” katanya sinis.


Datuk Gulam turut menyifatkan permohonan maaf selepas insiden berlaku sebagai terlambat dan tidak menghapuskan tanggungjawab moral terhadap kesilapan yang telah dilakukan.

“Anda sendiri membuka pintu kepada kecaman rakyat. Jangan salahkan mereka,” tambahnya lagi.


Dalam nada sinikal, beliau mencadangkan agar majlis rasmi kerajaan menggantikan arak dengan teh tarik – minuman kegemaran majoriti rakyat Malaysia – sebagai simbol meraikan kepelbagaian budaya secara lebih sopan dan bermaruah.

“Buih teh tarik pun lebih kurang sama dengan arak. Setuju tak?” selorohnya sambil menutup kenyataan tersebut.


Kenyataan Datuk Gulam ini menarik perhatian ramai di media sosial, yang rata-ratanya bersetuju agar pihak kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih peka terhadap sensitiviti agama dan moral dalam setiap program rasmi mereka.

#IsuArak #Motac #Petronas #GulamMuszaffar #UMNOBatu #SensitivitiAgama #MalaysiaBeradab #TeguranPedas #NilaiMoral #TehTarikBukanArak #MalaysiaTanpaNormalisasi

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f