Ahmad Shah Rizal Bongkar Fakta Sebenar Isu Wang RM1.3 Juta
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Haji Ahmad Shah Rizal bin Ibrahim tampil menjawab tuduhan terbaru yang mendakwa beliau mengambil wang tunai RM1.3 juta milik pusaka Allahyarhamah isterinya, Faziani Rohban.
Beliau menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan, kerana wang berkenaan merupakan hasil usaha bersama beliau dan arwah isterinya semasa hayatnya. Malah, katanya, beliau sendiri secara sukarela mengisytiharkan kewujudan wang tersebut dalam mesyuarat keluarga selepas pemergian Allahyarhamah.
“Wang itu saya simpan sementara dalam akaun saya demi keselamatan dan dalam pengetahuan semua ahli keluarga. Tidak ada bantahan pada waktu itu,” katanya.
Menurut beliau lagi, setelah menerima perintah rasmi bermeterai Mahkamah pada 22 September 2025, beliau telah memindahkan wang RM1.3 juta itu ke dalam akaun bank pentadbir pusaka dalam tempoh empat hari bekerja.
Menolak dakwaan bahawa beliau mengambil hak anak yatim, Ahmad Shah Rizal menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang sengaja ditularkan untuk mencemarkan nama baiknya.
“Saya tidak makan harta anak yatim. Tuduhan ini adalah fitnah dan tidak berasas. Kebenaran akan terbukti di mahkamah,” tegasnya.
Beliau juga memaklumkan telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang kedua atas tuduhan fitnah ini, selepas sebelum ini sudah mengemukakan saman yang kini menunggu keputusan pada Januari 2026.
Dalam penutup kenyataannya, Ahmad Shah Rizal menyeru semua pihak agar berhenti membuat spekulasi dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada mahkamah.
#IsuPusaka #RM13Juta #AhmadShahRizal #FitnahAtauFakta #HakAnakYatim #KebenaranAkanTerbukti #MahkamahSyariah #TuduhanFitnah #BeritaPanas #MediaMalaysia