
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – HONOR Malaysia meraikan kejayaan besar apabila Siri HONOR X9 dinobatkan sebagai ‘Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ oleh ASEAN Records, sebuah organisasi berprestij yang mengiktiraf pencapaian luar biasa di Asia Tenggara.
Pengiktirafan ini diberikan berikutan prestasi jualan cemerlang model HONOR X9a, X9b, dan X9c, sekali gus menegaskan reputasi HONOR sebagai jenama teknologi yang semakin berpengaruh di rantau ini.
Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Tan Pei Ling, Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, sempena Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong hari ini.
Sejak diperkenalkan di Malaysia pada 2022, Siri HONOR X9 terus mencatat rekod jualan luar biasa, dengan bahagian pasaran meningkat daripada 33% pada 2023 kepada 56% pada 2025. Hari ini, satu daripada dua telefon pintar kelas pertengahan yang dijual di Malaysia adalah daripada Siri X9, membuktikan dominasinya dalam segmen tersebut.
Paling mencuri tumpuan, HONOR X9d 5G yang baru dilancarkan mencatat sejarah baharu apabila habis dijual ketika pra-tempahan, mengatasi rekod terdahulu HONOR X9c. Kini, X9d 5G sudah boleh didapati di seluruh negara dengan dua varian storan:
24GB RAM (HONOR Turbo RAM 12GB + RAM 12GB) + 256GB storan – RM1,499
24GB RAM + 512GB storan – RM1,699
Setiap pembelian turut didatangkan dengan pakej hadiah eksklusif bernilai RM946, termasuk HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak 365 Hari, Jaminan Lanjutan 1 Tahun, dan Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.
Dengan pengiktirafan ASEAN Records dan sambutan luar biasa pengguna, Siri HONOR X9 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai telefon pintar kelas pertengahan paling laris dan paling dipercayai di Malaysia.
#HONORX9 #HONORX9d5G #SmartphoneMalaysia #HONORMalaysia #TeknologiTerkini #MidRangeKing #GajetMalaysia #HONORFans #BestSmartphone2025 #HONORRevolution