PUTRAJAYA, 21 Oktober 2025 — Selepas sesi pembentangan hujah oleh peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, suasana di Mahkamah Tinggi Putrajaya pagi tadi menjadi hening apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri bangkit memberi penjelasan dalam sesi final submission kes 1MDB yang sudah berlarutan lebih 239 hari.

Menurut Datin Hasnah, Aktivis Kebenaran dan wakil NMH Media, ramai yang hadir berasa sebak melihat bekas Perdana Menteri itu tampil dengan penuh ketenangan mempertahankan diri, meskipun beban tugas yang pernah digalas beliau amat berat sewaktu menerajui negara dan Kementerian Kewangan serentak.

“Kita rasa sedih bagaimana seorang Perdana Menteri yang ketika itu sedang menjalankan tanggungjawab besar, perlu berjuang di mahkamah untuk menuntut keadilan. 1MDB bukannya syarikat yang beliau uruskan sendiri — ia ada lembaga pengarah, CEO dan pasukan pengurusan bergaji besar. Kenapa mereka tidak dipertanggungjawabkan sama?” ujar Datin Hasnah.

Beliau turut menegaskan bahawa Datuk Seri Najib telah pun memaklumkan kepada Bank Negara Malaysia mengenai kemasukan dana derma dari Arab Saudi, malah memulangkan semula sejumlah besar dana tersebut — sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dunia.

“Barangkali beliau antara yang pertama dalam sejarah yang memulangkan wang derma dan memberitahu secara rasmi kepada Gabenor Bank Negara. Ini menunjukkan beliau tidak pernah berniat jahat atau menyembunyikan apa-apa,” katanya.

Datin Hasnah turut mempersoalkan keadilan dalam pendakwaan, terutama apabila individu lain yang dikaitkan dengan skandal sama seperti Jasmine Loo, bekas General Counsel 1MDB, masih bebas meskipun dikaitkan menerima habuan daripada Jho Low.

“Kenapa orang lain yang jelas dapat harta dan kewangan daripada Jho Low masih tidak diadili? Kenapa Datuk Seri Najib yang jadi sasaran?” soal beliau.

Perbicaraan kes 1MDB ini telah berlangsung lebih 239 hari, dan kini memasuki fasa akhir — pembentangan balas (return submission) sebelum pihak pendakwa (DPP) membuat hujah akhir.

Datin Hasnah turut menambah bahawa Hakim YA Dato’ Collin Lawrence Sequerah, yang telah mengendalikan kes ini sejak awal, dijangka akan membuat keputusan (ruling) sebelum hujung tahun ini.

“Saya difahamkan hakim akan bersara tidak lama lagi, jadi beliau mahu menyelesaikan kes ini secepat mungkin. Kita harap beliau akan membuat keputusan yang adil dan saksama, demi kebenaran dan maruah negara,” katanya.

#KebenaranUntukNajib #1MDBTrial #NMHMedia #AktivisKebenarann#NajibRazak #MalaysiaCourt #JusticeForAll #TruthMattersn#RakyatPerhatikan #DoaUntukKeadilan

Leave a Reply