KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2025 – Suasana ketika Deepavali tahun ini diselubungi dengan pelbagai luahan hati masyarakat India, antaranya daripada seorang wanita warga emas, Mdm Ratna, yang meluahkan rasa rindu dan penghargaan terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Dalam satu temu bual bersama wartawan, Mdm Ratna tanpa berselindung menyatakan bahawa Najib merupakan pemimpin yang paling banyak membantu masyarakat India, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Najib lah… dia tak kira bangsa. Dia banyak tolong orang India, Cina, Melayu semua. Dia banyak baik,” katanya dengan nada sebak.

Ratna turut mengakui bahawa walaupun Najib tidak sempurna dan ada kesilapan, namun jasa dan keprihatinannya kepada rakyat tetap dikenang.

“Dia ada buat salah, tapi dia baik. Apa nasib dia tak baik. Sekarang semua pun tak guna… Mahathir lagi kosong,” tambahnya.

Menurut Ratna Dewi, kehidupan rakyat kini semakin sukar selepas Najib dipenjarakan, dengan kos sara hidup meningkat dan ramai rakyat berdepan tekanan kewangan.

“Sekarang semua orang susah, Deepavali pun tak ada duit, tak ada makanan. Melayu pun menderita. Pemandu saya pun tak ada rumah, nak bayar sewa pun susah,” katanya lagi.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap pentadbiran kini yang menurutnya tidak menampakkan hasil nyata kepada rakyat marhaen.

“Mana ada orang bagi duit? Semua janji kosong. Najib dulu kalau dia dapat, dia bagi. Dia tolong semua orang,” katanya.

Mdm Ratna yang berusia 74 tahun menutup perbualan dengan nada optimis dan kasih terhadap rakyat pelbagai kaum, malah sempat bergurau mengajak wartawan menjamu selera di hotel.

“Lain kali mari saya panggil orang, datang ke hotel, mari makan. Boleh, boleh!” katanya sambil tersenyum.

Luahan Mdm Ratna ini menggambarkan sentimen segelintir masyarakat yang masih mengingati jasa Najib Razak, dan mengharapkan suatu hari nanti beliau dapat kembali ke pentas politik demi memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum.

#NajibRazak #RakyatRinduNajib #SuaraRakyat #Deepavali2025 #KisahRakyat #MalaysiaBersatu #NajibUntukRakyat #HidupRakyat #MadaniAtauRakyat #RinduZamanNajib

Leave a Reply