Demi Anak-Anak, Ibu Ini Kutip Barangan Kitar Semula Untuk Hidup

KAPAR, 31 Oktober 2025 — Nasib seorang ibu tunggal, Puan Rajeswary a/p Subramaniam, 37, mengundang simpati ramai apabila beliau kini berjuang sendirian menyara 10 orang anak selepas kehilangan suami lapan bulan lalu.

Lebih memilukan, selepas kontrak kerjanya tamat pada September, Rajeswary kehilangan punca pendapatan tetap dan terpaksa menanggung semua keperluan keluarga termasuk anak-anak yang masih bersekolah dan menuntut di kolej.

Beban hidupnya bertambah apabila beliau terpaksa meminjam RM6,000 daripada dua syarikat pinjaman berlesen bagi menampung kos upacara kematian mendiang suaminya — dan kini berdepan tekanan hutang serta bayaran sewa rumah yang tinggi.

“Saya minta tolong dalam TikTok, ada orang bantu saya. Tapi itu pun cukup-cukup saja. Anak nak sekolah, nak makan, semua perlukan duit,” katanya sebak ketika ditemui di rumah sewanya di Kapar.

Walaupun menerima bantuan bulanan RM800 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu jauh daripada mencukupi untuk menampung keperluan asas keluarga besar itu.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Puan Rajes tidak malu mencari rezeki dengan mengutip barangan kitar semula serta mengambil upah kecil-kecilan di kawasan sekitar.

Tambahnya lagi, selepas berlaku perselisihan faham dengan keluarga mendiang suami, beliau terpaksa berpindah dan menyewa rumah sendiri — menambah bebanan kewangan yang sedia berat.

“Saya bukan nak minta banyak. Tolonglah sikit, bagi peluang saya kerja atau bantu anak-anak saya sekolah. Itu saja saya harap,” ujarnya penuh pengharapan.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun:

RHB Bank – 2624290002628 (Rajeswary a/p Subramaniam) atau menghubungi beliau di talian 013-444 4904.

#BantuanIbuTunggal #PrihatinMalaysia #KisahBenar #RakyatMiskinBandar #AnakMalaysia #SumbanganIkhlas #KasihTanpaBatas #Kapar #BantuRajeswary #DoaUntukMereka

Leave a Reply