format: 0; filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:0.0000,0.0000; brp_del_sen:0.0000,0.0000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (0, 0);aec_lux: 315.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 1;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 33;

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2026 – Satu gesaan tegas disuarakan agar siasatan menyeluruh dan terperinci dilakukan ke atas Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) berhubung pengurusan aset berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).
Aktivis masyarakat, Encik Fakhrul menegaskan bahawa langkah menyiasat UJSB sehingga ke akar umbi amat penting bagi memastikan ketelusan serta menjawab tanda tanya rakyat mengenai kedudukan sebenar aset dan dana yang terlibat.
Menurut beliau, sesi penerangan yang diadakan baru-baru ini memberi gambaran jelas mengenai keperluan mempertahankan institusi kewangan Islam berkenaan dengan penuh integriti dan semangat patriotik.
”Secara keseluruhannya, kita mahukan UJSB itu disiasat sampai ke akar umbi. Kita perlu ada semangat patriotik di mana akaun atau urusan di bawah Tabung Haji diaudit oleh orang kita sendiri, bukannya bergantung kepada pihak luar,” katanya dalam satu temubual.
Beliau turut memperbetulkan salah faham umum mengenai status perundangan institusi tersebut, dengan menegaskan bahawa Tabung Haji tidak tertakluk secara mutlak di bawah Akta Bank Negara Malaysia (BNM).
Jelasnya, situasi itu adalah sama seperti institusi lain termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mempunyai statut serta peruntukan akta tersendiri.
”Peranan Bank Negara hanyalah memberi nasihat kepada Tabung Haji. Malah, pihak pengurusan Tabung Haji terdahulu juga telah memberikan maklum balas serta jawapan yang baik dan simpanan mereka teratur sewaktu berurusan dengan BNM,” jelas beliau lagi.
Sehubungan itu, Encik Fakhrul menegaskan bahawa suara rakyat kini jelas menginginkan siasatan rapi dan telus tanpa sebarang kompromi bagi mengenal pasti aliran sebenar dana serta aset yang dipindahkan ke UJSB.
Beliau menambah, penjelasan rasmi yang tuntas perlu diberikan kepada umum bagi menghentikan spekulasi dan mengembalikan keyakinan para pendeposit terhadap masa depan Tabung Haji.
#BeritaAAC #IsuTabungHaji #SiasatUJSB #HakPendeposit #KetelusanAsetTH