format: 0; filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:0.0000,0.0000; brp_del_sen:0.0000,0.0000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 190.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 39;

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 — Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) tampil menyuarakan keluhan dan rayuan sekumpulan individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan sehingga terjerumus sebagai ‘keldai akaun’ oleh sindiket jenayah terancang.
Setiausaha Agung MHO, Dato’ Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan daripada sejumlah mangsa yang kini terpaksa berdepan dengan pelbagai laporan polis, siasatan dan pertuduhan akibat akaun bank mereka dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut beliau, mangsa mendakwa telah diperdaya sebelum akaun mereka digunakan bagi transaksi yang tidak diketahui, sehingga ada yang terpaksa berdepan laporan polis berasingan di pelbagai daerah dan negeri berbeza.
”Terdapat keadaan di mana seorang mangsa berdepan laporan bertindih di negeri berlainan walaupun kesemua laporan itu mempunyai kaitan rapat dari segi transaksi, akaun yang digunakan, serta modus operandi sindiket yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sehubungan itu, MHO bersama wakil mangsa merayu agar Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman memberikan perhatian serius dan menyelaraskan siasatan kes-kes berkaitan di bawah satu siasatan bersepadu.
Dato’ Hishamuddin menegaskan, siasatan yang dijalankan secara berasingan berpotensi menyebabkan fakta-fakta penting dinilai secara terpisah, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa memahami keseluruhan rangkaian jenayah tersebut.
Beliau menambah, langkah penyatuan siasatan bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran sumber dan pengambilan keterangan berulang, malah membolehkan pihak polis mengenal pasti serta menumpaskan dalang sebenar sindiket berkenaan.
Jelasnya lagi, kehadiran MHO ke Bukit Aman bukanlah untuk mencetuskan polemik atau mempertikaikan kuasa polis, sebaliknya mahu membantu menegakkan keadilan serta memelihara keyakinan rakyat terhadap sistem penguatkuasaan negara.
Terdahulu, memorandum rasmi berhubung isu berkenaan telah diserahkan oleh Setiausaha Kerja MHO, Encik Izzat Izzuddin Idris kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
#KeldaiAkaun #BeritaAAC #MHOMalaysia #JSJKBukitAman #BanterasSindiket