
Apa cerita Ketua AMK Tangga Batu, Farzana Hayani, dihalau dari Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI di Bukit Rambai?
Isunya, Farzana cuba berkempen di majlis rasmi kerajaan. Ini sememangnya satu hal yang tak patut berlaku. Malah, ini bukan kali pertama Farzana ‘tumpang’ berkempen di Majlis Kerajaan. Sebelum ni, siap pek makanan dengan gambar dan logo dirinya pun diedar dalam majlis rasmi.
Farzana mendakwa beliau hadir sebagai anak tempatan tanpa memakai logo parti atau membawa bahan kempen. Namun, menurut kenyataan ini sangat mudah dipertikai.
Kalau benar datang bukan untuk berkempen, kenapa hadir dengan juruvideo, siap dengan mikrofon yang menangkap jelas semua butir percakapan? Maknanya memang berniat menghasilkan konten untuk tujuan kempen.
Lebih parah lagi, program Kampung Angkat MADANI ini adalah program Kerajaan Persekutuan. Farzana pula ahli PKR, parti tunjang dalam Kerajaan Persekutuan. Tetapi yang menegur dan memastikan program ini suci daripada pengaruh politik, adalah wakil UMNO.
Maknanya, UMNO lebih berdisiplin menjaga kepentingan rakyat berbanding parti yang satu lagi.
Jadi bila sampai waktu mengundi nanti, kita tahu nak pangkah siapa, bukan?