AYER KEROH, 25 Oktober 2026 — Kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, disifatkan amat menyerlah dan berjaya memacu negeri itu ke arah kemajuan yang membanggakan.
Pandangan tersebut disuarakan oleh Penganalisis Politik, Datuk Dr. Baharuddin Aziz, susulan pemerhatian beliau terhadap suasana politik dan pentadbiran semasa di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Menurut beliau, walaupun terdapat segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan tatacara atau tatakelola pentadbiran, sokongan majoriti rakyat Melaka terhadap Ab Rauf kekal kukuh.
Perkara itu dibuktikan menerusi hasil dapatan kajian terkini yang menunjukkan seramai 82 peratus responden memberikan penilaian kelulusan (approval rating) yang amat tinggi kepada beliau.
Dr. Baharuddin menjelaskan, tahap sokongan padu ini didorong oleh rekod perkhidmatan cemerlang Ab Rauf yang sentiasa menepati janji dan memberikan hasil kerja berkesan kepada rakyat.
Antara pencapaian paling ketara adalah kecekapan sistem penyampaian dan pengurusan aduan rakyat yang diiktiraf sendiri oleh pihak Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Beliau menambah, kira-kira 75 peratus daripada aduan yang diterima berjaya dijawab dan diselesaikan dengan tuntas demi kebaikan serta masa depan penduduk setempat.
Selain penyampaian perkhidmatan awam yang memuaskan, sektor ekonomi negeri turut mencatatkan perkembangan positif menerusi pelaburan luar dan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (PKS).
Melaka juga merekodkan pencapaian luar biasa dalam sektor pelancongan apabila berjaya menarik kehadiran kira-kira 15 juta pelancong pada tahun lalu.
Kemajuan bidang lain seperti pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) membuktikan Melaka kini berada di landasan tepat serta terus mengorak langkah ke hadapan.
#BeritaAAC #MelakaMaju #AbRaufYusoh #PolitikMelaka #KepimpinanMelaka