editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Keluarga SSEAYP Malaysia (SFAM) semalam telah menganjurkan program solat hajat dan doa kesejahteraan buat rakyat Palestin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Alumni Keluarga SSEAYP Malaysia, Nor Azreen Jamaluddin berkata program itu adalah satu usaha persatuannya untuk kebajikan solidariti rakyat Palestin.

“Tak ada niat publisiti tetapi hanya seikhlas hati anjur solat hajat dan doa kesejahteraan buat saudara kita di Palestin.

“Tiada agenda lain dan niat ikhlas untuk solat hajat. Bagi kami doa adalah senjata orang Islam,” katanya ketika ditemui di Masjid Wilayah Persekutuan.

Seramai 350 orang jemaah hadir dalam program itu.

Dalam program itu, turut bekerjasama dengan penganjur adalah bersama wakil Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Embassy Of The State Of Palestine.

Dalam pada itu, Nor Azreen berkata program itu juga diadakan tanpa ada agenda lain.

Katanya, ini adalah satu cara dan langkah secara rohaniah untuk mendoakan kepada Palestin.

“Ini terbuka dan kita menjemput orang ramai. Tidak ada buat kutipan derma,” katanya.

Nor Azreen berkata seramai 40 pelajar dari USIM turut hadir dalam program solat hajat itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Keluarga SSEAYP Malaysia Iyob Meon berkata sebagai umat Islam, beliau hanya mampu berdoa kepada Allah supaya Palestin merdeka.

Beliau berkata usaha ini dibuat bukan hanya kerana agama tetapi sebagai isu kemanusiaan.

“Kanak-kanak dibunuh dan dicederakan. Hospital dibom.

“(Jika) nak perang, cari benda lain.. jangan hala kepada kanak-kanak dan wanita,” katanya.

Leave a Reply