editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) dengan tegas menolak cadangan Kerajaan Madani untuk melaksanakan IDN / Digital ID.

Menurut Presiden Putra, satu kajian secara mendalam wajib dibuat terlebih dahulu dengan mengambil kira semua aspek keselamatan, privasi rakyat, kos dan lain-lain.

“Ini kerana yang memiliki industri maklumat (IT) dalam negara dikuasai oleh bangsa asing. Maka sikap berhati-hati mesti diutamakan sebelum gopoh-gapah pelaksanaannya, kata Datuk Dr Ibrahim Ali dalam satu kenyataan medianya.

Tambahnya, “Pelaksanaan IDN yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa menimbulkan kegelisahan rakyat. Banyak persoalan, termasuk hal-hal keselamatan dan privasi peribadi masih belum terjawab dengan meyakinkan.

“Pasti pelaksanaan Digital IDN memang seperti durian runtuh kepada yang diberi pelaksanaan projek ini dan menyerah privasi peribadi setiap rakyat yang majoriti orang melayu, katanya

Pengalaman-pengalaman sebelum ini amat terkesan terutamanya kepada orang melayu. Jangankan untuk bangunkan sendiri aplikasi baru saperti ini, namun untuk baiki atau repair pun tidak berdaya.

Lebih menarik perhatian, negara seperti Canada yang jauh lebih maju dari Malaysia secara tegas menolak pelaksanaan IDN atas sebab keselamatan dan privasi rakyatnya.

“Dewasa ini, masalah penipuan siber atau “Scam” masih tidak dapat dibendung. Kemungkinan besar pelaksanaan IDN, bakal mengundang satu lagi jenayah digital bentuk baharu dalam masyarakat kita

Beliau menyifatkan IDN adalah merupakan satu “rantai ghaib” yang dipasang ke atas badan seseorang. Dengan kaedah Artificial Inteligent (AI) setiap pergerakan, citarasa, hatta pemikiran pemakai IDN adalah mudah dikawal seolah haiwan yang dirantai.

Beliau juga menambah, segala rekod rasmi peribadi seperti Mykad sudah memadai.

Justeru, Datuk Dr Ibrahim percaya pelaksanaan IDN ini bukan sahaja menambah beban tugas kakitangan KDN, malah akan meningkat perbelanjaan kerajaan. Yang bakal mendapat laba dalam perojek pelaksanaan IDN adalah cukong-cukong atau kontraktor pembekal segala peralatan, bahan, software and hardware berkaitan.

Leave a Reply