editor@aatvnews.com
SHAH ALAM, 2 Disember 2023 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam
sesi 2022/2023 dengan kerjasama Majlis Pengetua Kolej Kediaman Bahagian Hal
Ehwal Pelajar (BHEP) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Sarong Heritage Fun Run
X SinarPlus sempena Program Mighty MPP X Kolej Fest’23 yang telah dirasmikan
oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri
Selangor bertempat di Dataran Kolej Kediaman Mawar, UiTM Shah Alam.
Antara objektif utama penganjuran ini adalah untuk menerapkan budaya cakna OKU
disamping menterjemahkan satu program yang berkonsepkan mahasiswa energetic
and enthusiastic. Hal ini adalah kerana program ini bukan sahaja tertumpu kepada
kepada aktiviti larian kecergasan tubuh badan dan cakna OKU, tetapi juga merangkumi media, kreativiti, publisiti, keusahawanan dan kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Kira-kira 1000 mahasiswa telah terlibat dalam program larian ini.
Program Mighty MPP X Kolej Fest’23 adalah merupakan program julung kalinya
diadakan melalui inisiatif di bawah Jabatan Pengurusan Sumber dan Informasi (JPSI)
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2022/2023 di mana ianya berlangsung
selama 3 hari bermula 1 Disember 2023 hingga 3 Disember 2023.
Terdapat beberapa rakan kolaborasi yang turut menjayakan program ini seperti Majlis Pengetua Kolej Kediaman UiTM Shah Alam, SinarPlus (Sinar Harian) dan 8 Persatuan Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Shah Alam. Dalam program ini, turut diadakan pengisian program seperti Maqon-Maqon Fest dimana melibatkan lebih 50 gerai jualan, Konsert Patah Hati dan Bual Bicara bersama Tiktokers.
Pelaksanaan program ini secara keseluruhannya dikendalikan oleh mahasiswa dimana ianya menepati hasrat Agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Menerusi Program Mighty MPP X Kolej Fest’23 ini, pihak pelaksana mengharapkan
warga UiTM akan terus berjaya dalam menggapai hasrat KPT iaitu kemahiran Sharp
Skills dan kemahiran Smart Skills. Hasil daripada itu, warga UiTM dapat
mengaplikasikan segala pengalaman yang diperoleh untuk berkhidmat kepada
masyarakat dan negara. Universiti berhasrat untuk terus membantu dalam menyahut
seruan KPT iaitu pemerkasaan mahasiswa dan memberi sokongan penuh kepada
para pemimpin pelajar.