KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru Cina (SHMMP TBC) 2024 sebagai langkah membendung kenaikan harga barangan keperluan bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2024 di seluruh negara. Skim ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan berkuatkuasa pada 6 Februari hingga 14 Februari 2023. Tempoh kuat kuasa bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2024 kali ini adalah selama 9 hari iaitu 4 hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan 4 hari selepas hari perayaan.
Senarai barangan dan harga runcit bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2024 adalah seperti berikut:
i. Kubis Bulat Import (Indonesia & China, tidak termasuk Kubis Beijing)
ii. Ubi Kentang Import (China)
iii. Bawang Putih (China)
iv. Halia Tua Import
v. Lobak Putih Import
vi. Lobak Merah
vii. Ikan Bawal Putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor)
viii. Udang Putih (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram)
ix. Daging Babi (Perut)
x. Daging Babi (Daging dan Lemak)
Pegawai Penguat Kuasa KPDN WPKL sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi yang menjadi tumpuan awam seperti pasar awam, pasar tani, pasar raya dan kedai-kedai runcit di sekitar Kuala Lumpur bagi memastikan peniaga menjual barangan harga terkawal mengikut harga yang telah ditetapkan.
Kementerian akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 ke atas peniaga yang cuba untuk mengambil kesempatan menjual barang-barang harga terkawal melebihi harga yang telah ditetapkan. Peniaga yang ingkar boleh dikenakan penalti seperti berikut:
i) Kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum:
a) Individu; denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan
b) Syarikat; denda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000;
ii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal:
(a) individu; denda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000; dan
(b) syarikat; denda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.
iii) kesalahan gagal meletakkan tanda harga:
(a) individu; denda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau dipenjara 2 tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM25,000; dan
(b) syarikat; denda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000.
KPDN WPKL ingin menasihatkan semua peniaga agar bertimbang rasa dan menjual pada harga yang berpatutan. Sekiranya harga kos yang diperolehi menurun, peniaga amat digalakkan agar menjual pada harga yang lebih rendah daripada kebiasaan.
Pengguna boleh menyalurkan aduan kepada Kementerian ini melalui:
a) Bilik Gerakan : 03-4045 4680
b) Call Centre : 1800-886-800
c) Facebook : @KPDN WPKL
d) Aplikasi telefon pintar : Ez Adu KPDN
e) Aplikasi whatsapp : 019-2794317
f) Web : http://www.kpdn.gov.my
g) Emel : e-aduan@kpdn.gov.my
h) Enforcement Command Centre (ECC) : 03-8882 6245 / 6088