Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia dilaksanakan menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan (JAPEN) yang mengambil kira penegasan kepada aspek tertentu termasuk pengesahan sesuatu berita dan beberapa fungsi lain.

“Pihak JAPEN telah bertemu di pejabat saya semalam (Isnin) dan kita mengadakan sedikit penyelarasan. Kita jangkakan selepas Tahun Baharu Cina, kita akan mencari tarikh yang sesuai untuk melancarkan manual tersebut,”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil.2/2024, di sini.

– Berita RTM –

Leave a Reply