CYBERJAYA: Hampir dua tahun menapak, Pertubuhan Skuad Khidmat Darat Laut Dan Udara (PASKAD) semakin diterima dalam kalangan masyarakat.

Menurut, Panglima Muda PASKAD Selangor, Mohamed Shahrin Ismail berkata pertubuhan itu menjadi penghubung serta pemudah cara antara pihak kerajaan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Beliau berkata PASKAD merupakan sebuah pertubuhan yang telah di daftarkan di ROS pada tahun 2022 sewaktu pasca pandamik Covid-19 yang memberi khidmat kepada masyarakat.

Pada Sabtu lalu, seramai 50 anggotanya telah menerima watikah.

“Majlis Penganugerahan Watikah Kepada Pegawai PASKAD Negeri Selangor Platun 1 2024 dihadiri oleh Panglima Utama Datuk Seri Edros Abdullah, Panglima Mohamad Mohd Isa, Panglima Zulkifli Zawa, Panglima Khas Mohd Shukri Yatim , Panglima Sidang Bukhari Ishak dan Panglima Muda Selangor Mohammed Shahrin Ismail.

“Pelbagai pangkat bermula dari Kolenal, Leftenan Kolonel, Mejar, Kapten, Leftenan, Leftenan Muda,Sarjan, Koperal, Lans Koperal dan Skuad” katanya pada sidang media di Club House Cyberia Cyberjaya Smarthome, Cyberjaya Selangor.

Pada majlis itu, jemputan khas kepada Persilatan Sendeng Malaysia dan beberapa wartawan hadir memeriahkan majlis.

Sementara itu, Shahrin berkata PASKAD adalah satu pertubuhan yang mempunyai entiti pemakaian dan berprotokol terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas lelaki serta perempuan.

Beliau berkata sewatu Pasca Pendamic Covid-19 yang lepas PASKAD menumpukan kepada sumbangan di dalam bentuk kewangan, barangan keperluan asas dan peralatan perubatan membantu masyarakat dalam segala urusan kebajikan yang melibatkan bencana alam di darat, laut serta bencana udara.

“PASKAD juga menganjurkan program berbentuk motivasi kepada masyarakat serta pelajar dalam pembangunan modal insan serta siasah.

“PASKAD juga melatih ahli dan masyarakat meningkatkan taraf ekonomi dalam program yang berbentuk keusahawanan,” katanya.

Shahrin berkata PASKAD menganjurkan program kebajikan, penerangan, taklimat, kursus,latihan terhadap persara tentera, balu-balu, pelajar, belia serta anak pesara kerajaan terutamanya tentera di tiga cabang perkhidmatan darat, laut dan udara.

Leave a Reply