Kuala Betis, 10 Mac 2024 – Isu penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Merlong yang mendakwa mereka menerima air bersih sebulan sekali adalah disebabkan oleh ketiadaan sumber air tandak (gravity feed
system) yang lebih ekonomik dan telah mengakibatkan semua lokasi ini terpaksa berkongsi air daripada sumber telaga tiub yang terletak di KOA Jenut.

Untuk makluman, mereka kini berkongsi sumber air bersih alternatif JAKOA bersama KOA Jenut, KOA Mangsok dan KOA Cengkelik dengan jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) seramai 36 keluarga bersamaan 150 orang penduduk.

Bagi penyelesaian jangka pendek, pihak JAKOA akan membina sistem bekalan air terawat di KOA Merlong pada tahun ini dengan menggunakan sumber telaga tiub melibatkan anggaran kos sebanyak RM450,000.

Manakala untuk penyelesaian jangka panjang pula, penduduk di sini bakal menerima projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) retikulasi daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di mana projek tersebut telah pun bermula dengan melibatkan seluruh perkampungan Orang Asli RPS Kuala Betis. Status terkini projek adalah di peringkat quantity survey daripada konsultan yang dilantik.

Leave a Reply