KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Usahawan OUG Kuala Lumpur telah mengadakan sidang media untuk menjawab segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dalam satu video yang dimuatnaik di satu laman media portal, baru-baru ini.

Pengerusinya, Wong Choon Lee berkata, bagi menjelaskan beberapa tuduhan yang tidak relevan yang telah timbul baru-baru ini, serta memberikan fakta dan maklumat yang relevan mengenai intipati video tersebut.

” Pertama berkenaan tuduhan penglibatan dalam persatuan yang rasmi, saya ingin menyatakan dengan tegas bahawa Persatuan Kebajikan Usahawan OUG Kuala Lumpur telah didaftarkan secara sah pada 6 Oktober 2023, dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, menjadi sebuah persatuan yang sah dengan 125 ahli,” katanya

Menurutnya, persatuan mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang aktiviti haram.

“Mengenai tuduhan surat palsu, kami menerima surat perlantikan rasmi daripada DBKL pada 1 Mac 2024, memberi perlantikan kepada kami untuk membantu dalam pentadbiran segala urusan di Pasar Pagi Taman Oug.

“Kami mempunyai dokumen berkaitan sebagai bukti, dan sekali lagi ingin menegaskan bahawa pengurusan kami adalah sepenuhnya sah dan mematuhi kepada peraturan DBKL.

Tambahnya lagi, berhubung dengan tuduhan yuran yang tidak sah, ingin menjelaskan bahawa pada 8 Mac 2024 persatuan telah mengeluarkan notis yang memaklumkan penjaja tentang pelaksanaan yuran sebanyak RM5 bagi setiap rak, dan RM10 bagi 2 rak ke atas.

“Yuran pentadbiran tersebut berdasarkan syarat perlembagaan persatuan kami yang sah dibawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Tujuan yuran adalah untuk menjaga dan menguruskan persekitaran pasar, termasuk keselamatan trafik, dan elaun pentadbiran dan lain,” katanya.

” Tuduhan RM10/20 untuk satu rak dan tidak setuju bayar yuran akan di tarik lesen berniaga adalah tidak benar, dan kuasa untuk menarik balik lesen penjaja hanya dapat dilakukan oleh DBKL sekiranya penjaja menlanggar peraturan syarat DBKL.

” Semua peniaga yang bersetuju untuk membayar yuran adalah dengan rela hati mematuhi dasar pentadbiran persatuan.

Wong Choon Lee berkata, tuduhan pembohongan yang melibatkan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Oversea Union Garden, Encik Tan Kian Kok.

“Saya ingin menekankan bahawa Encik Tan telah berkali-kali menafikan menerima surat pembatalan perlantikan daripada DBKL melalui akhbar dan media dan juga menggunakan surat rasmi DBKL untuk memfitnah kami.

“Akhir sekali, kami ingin menegaskan bahawa tuduhan terhadap Encik Tan Kian Kok menerima wang daripada orang yang sudah meninggal dunia dan motosikal beliau dirosakkan adalah fitnah yang tidak berasas.

” Kami menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam sebarang tindakan haram. Berhubung dengan kes pembelian tapak berniaga melalui wang, penjaja telah membuat laporan polis dan yakin pihak polis akan menguruskan perkara ini dengan sewajarnya.

” Semua pemindahan dan pembatalan tapak adalah berdasarkan peraturan DBKL,” katanya. – UTV Media –

Leave a Reply