CYBEEJAYA -Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat
ahli perniagaan, Datuk Farhash Wafa Salvador berhubung dakwaan memiliki wang RM40 juta untuk muncul sebagai pemegang saham besar baru HeiTech Padu Bhd.

Ahli Dewan Tertinggi Putra Malaysia, Mohamad Shahrin Ismail berkata satu laporan polis telah dibuat keatas berhubung pembelian saham besar itu.

Laporan yang dibuat susulan laporan media dan portal bahawa Farhash melalui syarikat pelaburannya, Rosetta Partners Sdn. Bhd. telah membeli saham berjumlah sebanyak 16.1 juta unit dengan anggaran nilai lebih kurang RM40 juta dengan Heitech Padu.

Syarikat tersebut telah disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 billion.

Dalam pada itu, Shahrin berkata sebagai rakyat bertanggungjawab, desakan polis, SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti amatlah wajar untuk pihak berwajib membuka kertas siasatan demi intergriti dan tatakelola yang sering di ucapkan oleh pimpinan pimpinan Kerajaan Madani.

Beliau berkata ini kerana sekiranya isu ini didiamkan, akan memberi kesan negatif kepada tanggapan masyarakat kepada perundangan dan pentadbiran kerajaan masa ini.

“Rakyat tidak mahu lagi melihat ketirisan dan salah guna kuasa oleh sesiapa sahaja tambahan lagi melibatkan dana kerajaan atau dana awam.

“Kita harus melihat kehadapan dan perlu segan dengan kejiranan negara yang kini mendahului di dalam segi ekonomi terutamanya negara Indonesia yang dua tahun berturut-turut menduduki tempat pertama di Asia tenggara.

“Menteri kewangan Indonesia turut mendapat pujian dunia dan diiktiraf antara terbaik juga melaksanakan tatakelola yang betul melalui gambaran kebanggaan kedudukan mereka di tempat pertama dituruti oleh Singapura, Filipina, Vietnam dan Malaysia.

“Apabila kewangan tidak diuruskan dengan betul dan ketirisan melampau negara akan berada ditempat tercurut kebelakangan berbanding negara lain,” katanya.

Turut hadir bersama membuat laporan polis pada hari ini Shahrin yang juga merangkap Ketua PUTRA Bahagian Sepang, Ketua Wiranita PUTRA Bahagian Sepang Ruzaimah Jamaluddin, Ketua Wirawati PUTRA Bahagian Sepang Siti Nasirah Musa, Ajk PUTRA Bahagian Sepang Abdul Qayyum Mohd Shaari, Mohd Hafizul Mohd Jahis, Mohd Azuan Mohd Sita, Danial Roslan di balai polis Cyberjaya, Sepang petang tadi.

Leave a Reply