KUALA LUMPUR – Sebanyak 200 penerima yang terdiri daripada wanita dan ibu tunggal di Bandar Tun Razak menerima sumbangan daripada isteri perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata penerima itu menerima sumbangan kuih raya, bakul makanan dan senaskah Al-Quran diberikan kepada mereka bagi membantu persiapan menyambut Aidilfitri.

“Sebanyak 200 bakul makanan dan naskah Al-Quran diberikan kepada penerima.

“Berterima kasih kepada HRD Corp dan Yayasan Restu yang menyumbang dalam menjayakan program ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Program Tautan Kasih Ramadan Bandar Tun Razak di Masjid Ibnu Khaldun.

Turut menyertai program itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin, Ketua Pegawai Sumber Manusia HRD Corp Siti Suryati Kama Asnawi dan Pengarang Komunikasi Korporat Yayasan Restu Norashikin Abdul Latiff.

Di dalam majlis itu Wan Azizah menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) antara wakil MPP Parlimen Bandar Tun Razak melibatkan polis, bomba, pegawai masjid serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

MoU itu bagi merangka tindakan kebersihan dan penarafan kawasan Kuala Lumpur.

Leave a Reply