Kuala Lumpur, 27 Mac – KPFB menjadi koperasi pertama di Malaysia menggunakan aplikasi COOPERATIVE DIGITAL ENVIRONMENT (CODE) bagi kemudahan sistem pentadbiran, keahlian dan perniagaan koperasi.
Pengerusi Koperasi Peserta – Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFB), Dato Sabari Bin Misran berkata, pendigitalan koperasi melalui kerjasama KPFB dan VX CODE merupakan satu pencapaian yang amat dibanggakan pihak beliau kerana secara tidak langsung membantu Koperasi untuk bergerak selangkah kehadapan menuju era globalisasi pendigitalan selaras dengan menyahut saranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melancarkan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP 2030).
Majlis pelancaran kerjasama itu diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur yang turut dihadiri Pengerusi Syarikat VX Ventures Sdn Bhd – Yang Mulia Tunku Aaran Mohamed Tunku Mu’tamir, Pengerusi Koperasi Peserta Peserta Felcra Malaysia Berhad – Dato Sabari Bin Misran, Founder & CEO VX Ventures Sdn Bhd – Kevin Raj, Timbalan Presiden Angkasa – Dato’ Dr Haji Abdul Rahman Bin Abdul Razak Shaik, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan – Tuan Haji Efendee O.P Andu, Timbalan Ketua Pegawai Esekutif Felcra Berhad dan Pengarah Kewangan – En. Mohamed Ismi Bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Pembiayaan Dan Kawalan Kredit Suruhanjaya Koperasi Malaysia – Pn. Hajah Roshidah Binti Abu Bakar, Setiausaha Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad – En. Jais Bin Samingan, Bendahari Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad, Bendahari Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad – Tn. Hj. Abu Bakar Bin Rose dan Barisan Ahli Lembaga Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad dan Pegawai Pembangunan Maklumat & Digital VX Ventures Sdn Bhd – Pn. Lisa Redzuan.
Kerjasama ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dalam memperluaskan pasaran dan memudahkan Ahli-ahli Koperasi untuk kekal aktif, meningkatkan lagi prestasi sesebuah Koperasi dan sekaligus ‘meremajakan’ koperasi-koperasi dan terus ke arah pendigitalan agar mampu berdaya saing ketaraf global.
Ini juga selaras dengan usaha pemantapan bersama, pelaksanaan inisiatif pendigitalan dan juga adaptasi teknologi digital Baharu ke arah penyampaian perkhidmatan yang efisien, cerdas, selamat dan tangkas.