KUALA LUMPUR, 9 Ogos –
Menteri Luar New Zealand Nanaia Mahuta melawat Muzium Seni Kraf Orang Asli Malaysia sempena sambutan Hari Orang Asli Sedunia hari ini.

Beliau meluangkan masa lebih 30 minit bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Sapiah Datuk Mohd Noor serta
pegawai Jabatan Muzium Negara, Wisma Putra dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selain diberi penerangan ringkas beliau juga dihiburkan dengan persembahan tarian Orang Asli Mahmeri.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia Pam Chong Dunn.

Lawatan ini anjuran bersama Jabatan Muzium Negara, JAKOA dan Wisma Putra.

Leave a Reply