13 Ogos 2022 – Skudai, Johor Bahru – Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru.

Pada tahun ini, Sekretariat Rukun Negara, Universiti Teknologi Malaysia (SRN UTM) telah dipilih untuk sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Tahun 2022.

Debat Perpaduan Keluarga Malaysia diadakan bertujuan mengasah pemikiran mahasiswa secara holistik dari aspek pemahaman dan penerimaan terhadap kepelbagaian agama, budaya dan adat resam Keluarga Malaysia.

Selain itu, pertandingan ini juga dapat memupuk semangat Perpaduan dalam kalangan mahasiswa/i Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui pertukaran idea dalam perdebatan yang sihat.

Pertandingan yang bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” ini telah disertai oleh 30 pasukan daripada IPT Seluruh negara yang melibatkan keseluruhan seramai 120 pembahas.

Program Debat Perpaduan Keluarga Malaysia ini merupakan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Sekretariat Majlis Debat Universiti.

Malaysia (MADUM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pusingan awal Debat Perpaduan Keluarga Malaysia telah diadakan pada 6 dan 7 Ogos 2022 secara dalam talian serta disiarkan secara langsung di platform media sosial Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan YouTube Kementerian Perpaduan Negara. Manakala, pusingan suku dan separuh akhir telah berlangsung pada 12 Ogos 2022 bertempat di Blok N24, UTM, Johor Bahru dan pusingan akhir diadakan hari ini di Dewan Sultan
Iskandar, UTM.

Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique turut menzahirkan harapan agar penubuhan SRN dapat diperluaskan lagi di setiap IPT dan menarik lebih ramai lagi keahlian SRN dalam kalangan mahasiswa. Sehingga kini terdapat sebanyak 187 SRN meliputi di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Program pada hari ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN), YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), YBhg. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pengerusi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan YBhg. Dato’ Hajah Norison binti Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Kementerian Perpaduan Negara juga turut merakamkan penghargaan kepada rakan strategik yang turut menjayakan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Celcom Axiata Sdn. Bhd. dan Tenaga Nasional Berhad Energy Service Sdn. Bhd. dalam sumbangan wang tunai dan hadiah kepada para pemenang pertandingan ini.

Leave a Reply