KUALA LUMPUR – Isu Abg Belon dan gelandangan di Kuala Lumpur terus menjadi perdebatan hangat, terutama setelah laporan polis mendedahkan bahawa Abg Belon memiliki 13 rekod jenayah lampau dan kaitan dengan dadah. Beberapa pihak pro-DBKL, Datuk Bandar, dan YB Menteri Wilayah Persekutuan (WP) telah membalas kenyataan Ketua Penerangan UMNO WP, Dr Akmal, serta Pemuda UMNO yang sebelumnya bersimpati dengan Abg Belon. Situasi ini dilihat sebagai cubaan mengalih naratif isu.

Namun, persoalan timbul: mengapa DBKL sendiri pernah membantu ramai gelandangan di KL, termasuk mereka yang mempunyai rekod jenayah dan dadah? DBKL dikatakan memberikan bantuan makanan, tempat tinggal, malah pekerjaan kepada golongan ini. Jika gelandangan lain diberi peluang, mengapa Abg Belon seolah-olah dihakimi seumur hidup?

Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, Ketua UMNO Bahagian Batu, menegaskan bahawa setiap manusia berhak mendapat peluang kedua. Beliau mempersoalkan sikap geng propaganda DBKL dan YB Menteri WP yang dilihat cuba membenarkan tindakan keras terhadap Abg Belon sementara mengabaikan dasar bantuan terhadap gelandangan lain.

Beliau juga menasihatkan YB Menteri WP dan Datuk Bandar untuk menziarahi Abg Belon, terutamanya dalam bulan Syawal yang menggalakkan budaya bermaafan. “Ambil contoh kes Pakcik Petai, yang diselesaikan secara baik setelah pemimpin turun padang memohon maaf,” katanya.

Datuk Gulam Muszaffar turut menyokong kenyataan Supol YAB PMX Datuk Azman Bidin, yang difahamkan lebih memahami isu ini berbanding YB Menteri WP dan Datuk Bandar yang bukan berasal dari WPKL.

Leave a Reply