KUALA LUMPUR, 11 Mei 2025 – UMNO diseru agar tampil lebih berani dalam menyampaikan mesej perjuangannya kepada rakyat demi memastikan parti kekal relevan dan tidak terperangkap dalam permainan persepsi yang bersifat fitnah.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa UMNO berada di landasan yang betul, namun sering kali disalahertikan kerana diserang dengan persepsi negatif yang direka oleh pihak tertentu, khususnya di media sosial dan luar negara.
“Kita tidak boleh lagi bersikap defensif. Kita mesti ofensif dalam menerangkan kepada rakyat apa yang telah kita perjuangkan dan sumbangkan kepada negara,” katanya ketika ditemui Media AATV
Beliau turut menekankan bahawa sejarah pembangunan negara, sejak sebelum merdeka hingga kini, tidak dapat dipisahkan daripada peranan UMNO sebagai parti tonggak. Justeru, usaha untuk mengukuhkan relevansi parti perlu sentiasa dinamik dan progresif.
“UMNO perlu menyediakan lebih banyak ‘vehicle’ atau wadah seperti sekolah patriotik dan program-program belia agar mesej parti dapat sampai kepada rakyat tanpa disekat oleh persepsi yang tidak benar,” tambah beliau.
Wan Rosdy menegaskan bahawa perjuangan UMNO harus disampaikan secara terus kepada rakyat agar mereka memahami sumbangan sebenar parti, seterusnya membuat keputusan yang tepat semasa pilihan raya.
#UMNO2025 #WanRosdy #SuaraUMNO #LawanFitnah #PolitikMatang #UMNOBangkit #SekolahPatriotik #RelevanBersamaUMNO #JelajahPerjuangan #PerpaduanUntukNegara