KUALA LUMPUR, 11 Mei 2025 – UMNO terus komited dalam usaha meremajakan parti dengan memperkasakan generasi muda melalui inisiatif Sekolah Patriotik UMNO, yang disifatkan sebagai langkah penting dalam membina imej baharu dan memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap parti keramat itu.

Menurut Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sekolah Patriotik UMNO merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, golongan muda yang terlibat dalam program tersebut merupakan satu permulaan segar buat UMNO.

“UMNO ‘walk the talk’. Kita cakap nak meremajakan parti dan ini adalah langkah yang telah kita ambil. Kita memberi kepercayaan dan pendedahan kepada golongan muda untuk menjadi duta baharu parti ini,” katanya.

Datuk Seri Shahaniza turut menegaskan bahawa peranan anak muda dalam Sekolah Patriotik adalah sebagai agen perubahan yang membawa semangat baharu, serta membantu memperbetulkan persepsi negatif yang selama ini menyelubungi parti itu.

“Mereka ini benar-benar menjiwai perjuangan UMNO. Mereka sanggup turun ke lapangan dan bertemu rakyat. Kehadiran mereka memberikan harapan baharu dan segar untuk masa depan parti,” tambahnya.

Beliau yang terlibat secara langsung sejak awal penubuhan sekolah tersebut bersama Datuk Seri Wan Rosdy menzahirkan keyakinan bahawa dengan beberapa generasi lulusan program ini, UMNO akan kembali kukuh dan relevan di hati rakyat.

#SekolahPatriotikUMNO #UMNOMuda #RejuvenasiUMNO #HarapanBaharuUMNO #DutaUMNO #UMNOWalkTheTalk #AnakMudaBangkit #PolitikBaharu #UMNOKembali #GenerasiPatriotik

Leave a Reply