KUALA LUMPUR, 11 Mei 2025
Genap 79 tahun perjuangan, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) terus berdiri megah sebagai wadah keramat memperjuangkan nasib agama, bangsa dan tanah air sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946.

Sempena sambutan ulangtahun UMNO ke-79, Ketua UMNO Bahagian Kepong, Tpr Abdul Razak Abdul Rahman, menegaskan bahawa UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi satu perjuangan yang lahir dari darah, peluh dan air mata pejuang tanah air terdahulu.

“Majlis sambutan ini bukan sekadar acara – ini simbol tekad dan warisan keberanian. UMNO tetap relevan, masih berjiwa rakyat, dan terus menjadi harapan anak bangsa di bumi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan


Beliau turut mengimbas kembali sejarah penubuhan UMNO yang bermula dari semangat perjuangan tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, yang membentuk asas perjuangan UMNO yang kekal utuh sehingga kini.

“Kita mungkin diuji, mungkin tergoncang, tetapi kita tidak pernah rebah. Selagi ada darah Melayu mengalir, roh perjuangan UMNO akan terus hidup di dada,” tegas Abdul Razak.


Sambutan ulangtahun kali ini membawa tema “UMNO 79 Tahun… Bangkit Lebih Gagah, Lawan Sampai Menang!”, menggambarkan aspirasi parti untuk terus mara memperjuangkan nasib rakyat dan menjunjung prinsip-prinsip yang menjadi teras perjuangan sejak merdeka.

#UMNO79Tahun.#PerjuanganBermula1946 #UMNOBangkit #AgamaBangsaTanahAir #UMNOKekalRelevan #LawanSampaiMenang #UMNORohtetapHidup #WarisanPejuang #UMNOBersamaRakyat #SemangatMelayu

Leave a Reply