PUCHONG, 20 Ogos 2022 – Hari ini adalah hari yang bersejarah buat mahasiswa apabila berjaya menganjurkan program Konvensyen Mahasiswa Malaysia 2022 yang mengumpulkan anak muda dalam kalangan mahasiswa diseluruh negara.
Objektif Konvensyen Mahasiswa Malaysia ini diadakan adalah untuk menyediakan medium pembentangan pentadbiran kerajaan kepada mahasiswa bagi membudayakan pendidikan politik matang dan sejahtera. Dalam masa yang sama kita ingin menyuntik semangat mahasiswa untuk terus memberi sumbangan dan berbakti kepada negara melalui saluran yang benar dan etika yang matang.
Dalam konvensyen ini juga mahasiswa telah melancarkan Jentera Pilihanraya Mahasiswa yang disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menggalakkan lagi penglibatan anak muda khususnya #undi18 dalam PRU 15.
Konvensyen ini juga turut dihadiri oleh persatuan-persatuan mahasiswa yang bersama dengan GAMIS dan Siswa PAS. Antara persatuan mahasiswa yang hadir adalah Mahasiswa United daripada Armada, Rakan Siswa YADIM, Kesatuan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia, Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Dokumen Aspirasi Mahasiswa telah dibentuk bersama-sama persatuan mahasiswa tersebut untuk menyatakan hasrat bersama dan tuntutan kepada kerajaan serta ahli politik berkaitan isu:
1. Kedaulatan Agama
2. Kelestarian Pendidikan 3. Peluang Pekerjaan
4. Kebajikan mahasiswa 5. Kesedaran Politik
6. Hal ehwal wanita/mahasiswi
7. Kebebasan bersuara mahasiswa
Seramai 3 ribu mahasiswa/i yang hadir pada hari ini telah menyatakan sokongan penuh kepada Parti Islam se-Malaysia PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 akan datang.
Mahasiswa yakin bahawa PAS adalah satu-satunya parti politik yang bebas daripada salah laku dan rasuah serta mampu mentadbir kerajaan persekutuan mahupun negeri negeri. Ini dapat dibuktikan melalui prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri PAS termasuk Menteri-menteri Besar di Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Jentee Oleh itu, mahasiswa inginkan sebuah pentadbiran negara yang telus dan beretika untuk menjamin kemaslahatan masa depan rakyat khususnya golongan muda.